HanifIdrus: Aidilfitri Dan Aktiviti Mengecat Rumah

HanifIdrus: Aidilfitri Dan Aktiviti Mengecat Rumah

Hari ini adalah hari yang amat penat.
Pinggang terasa nak tercabut...punggung dah start bisa-bisa..kaki lenguh-lenguh....
Gara-gara mengecat sekangkang kera laman dinding rumah mak aku...

Mula-mula kena cat pangkin depan rumah tu dan lepas tu kena cat dinding lak.
Dinding rumah mak aku lak dulu cat gelap, dah terpaksa cat warna putih dulu.
Then baru cat warna pilihan di hati...hehehehhehe

Dari kul 10.00am hingga nak berbuka baru selesai. Sekarang ini pun dalam proses pembersihan tapi aku malas ler. Jap lagi aku buat.
Bayangkan hari ini puasa, panas giler lak.....kena mengecat lagi....memang mencabar tekak betul!!!
By the way, aku kekal maintain berpuasa tapi mood aku tak stabil ler....hahahaha.

Kerja pembersihan on hold dulu,  check blog aku jap...hehehehehehehe.

Aktiviti mengecat rumah menandakan Hari Raya Aidilfitri hampir tiba!!!!
Itulah aktiviti terkini di semua rumah-rumah di Malaysia.

Yang perempuan sibuk nak tengah tukar langsir...Tengah fikir nak ubah layout sofa-sofa dengan alasan sempena Aidilfitri semua berwajah baru atau kononnya tukar feng sui...hehehehhee.

Dalam minggu ini memang penuh aktiviti kemas-mengemas aku..
Hari Khamis ini aku cuti pasal nak kemas rumah aku lak...huhuhuhu.
Mesti aku kena dera ngan wife aku...
Apa nak jadi ngan aku ni asik kena dera ajer dengan wanita....
Inilah nasib lelaki budiman...( ahaks perasan)

Dua hari ini memang tak dapat nak blogwalking ler....busy..busy..
Sori friend..

Catat Ulasan

11 Ulasan

rAIHan berkata…
selamat mengecat..hehe..
Aiisyah Roseskalerful berkata…
selamat mengemas rumah :-D
Unknown berkata…
aku esok baru ops basuh rumah tapi suruh bibik ha ha ha aku bagi arahan jer boleh?? >..<
nursuriani berkata…
disebabkan saya anak tunggal dalam family terkeja2 saya nak tolong abah cat umah mak buat kueh. huh!
MalizaMah berkata…
cat rumah.. huuu.. hari ni tak cat rumah lorh..
Aimacomel berkata…
sayang isteri kan, sayang mak kan.. tu bukan dera, tu ringan tulang namanye.. wah, lelaki budiman ;) selamat berjuang hehehe
teratai berkata…
ohh dah sibuk mengemas rumah utk raya! bagus2 tu...kak juga tak buat apa2..:(
Cendol berkata…
hah!mngecat mase tgh pose mmg mncabo tekak!!baguih le tu pi tolong bini kamu tu pakcik oiiittt.haha
slmt hari rayeee ^_^
Hana berkata…
slalunya kalau kusyuk mengecat ni xsedar masa berlalu dengan cepat
Shaiful Zaidi berkata…
salam bro... sibuknya hang. Mengecat tu mmg meletihkan, apalagi di bulan posa ni..
tirahzairi berkata…
jemput cat umah tirah skali...hehehe