HanifIdrus: Jangan Join Terlalu Banyak Segmen

HanifIdrus: Jangan Join Terlalu Banyak Segmen

Entri tentang segmen-segmen ni..
Kadang-kadang apabila aku jalan-jalan sesuatu blog tu aku tengok dah macam blog iklan.
Iklan yang penuh dengan segmen atau giveaway yang blogger tu join.
Persoalan banyak timbul dalam kepala aku apabila aku lihat sesebuah blog tu join segmen yang terlalu banyak dalam satu-satu masa.

Pertama adakah mereka join hanya untuk tambahkan follower semata-mata? Tanpa memikirkan next step iaitu tinggikan komen dan traffic.
Sebab aku kata demikian ialah apabila kita join sesuatu segmen itu, pertama ialah kita follow satu persatu semua blogger yang join segmen tersebut.
Biasanya dalam satu segmen, at least ada 40 URL yang baru.
Masa yang digunakan untuk komen dan follow setiap blog makan masa yang lama juga.
Cara aku pula....
Kemudian kita tak nak kehilangan blogger tersebut so biasanya aku ajak join bloglist aku.
Bloglist aku sentiasa ada ruang kerana tiap-tiap bulan ada sahaja blogger suam-suam kuku yang tak updated blog.
Kalau tak updated 2 bulan aku terminated mereka.
Lagipun kebanyakkan blogger updated blog 1 minggu sekali agak ramai.
Yang updated tiap-tiap hari amat kurang... so aku ada masa blogwalking.
So aku invite setiap dari mereka dan kemudian masukkan mereka ke bloglist aku .
Samada mereka tak tukar bloglist pun aku masukkan juga dengan syarat ada komen kat segmen atau bloglist pages aku.
Secara peribadi  untuk aku habiskan satu segmen tu ambil masa 2 atau 3 hari..

Selain itu jika terlalu banyak segmen yang di join, bila masa kau nak buat entri?
Apa yang aku lihat, macam aku katakan tadi blog kau dah macam blog iklan.
Apa keistimewaan blog anda akhirnya..jika hanya join segmen sahaja..
Tiada entri yang menarik untuk dibaca.
Dah tentu jika sesuatu web site namanya blogger, sudah tentu ada cerita menarik.
Kena buat cerita atau entri...

Nasihat aku jangan join segmen terlalu banyak kecuali kau ada masa nak blogwalking mereka dan bloglistkan mereka.
Jangan terlalu obses dengan follower, ia hanya angka sahaja tapi tak beri apa-apa nilai dari segi SEO mahupun traffic kau.
Nuffnang pun tak pandang follower kau, ia pandang komen dan traffic unik kau.

Tapi tak bermaksud follower tak penting pula...hehehehe
Cuma jangan terlalu obses cari follower dengan join segmen yang kamu tak boleh beri komitmen.
Dan ingat perkara pertama anda buat blog adalah untuk berkongsi idea kan.

Mesti yang marah aku tulis semacam ini kan..hehehehehe

Catat Ulasan

20 Ulasan

Misterie87 berkata…
Tak marah..bengang jer.wakaka.. by the way, meh ler komen blog den. komen lama terpaksa delete sebab sistem komen lama ada malware. so dah tukar kepada intense debate. lepas ni dah tak yah nak paste link dalam body komen. guna jer commentluv tuk tinggal link entry terkini.

sadiskan terpaksa delete komen lama. walhal kalau guna disqus bleh jer import komen2 tu...waa nak komen2 lama semula..hu2
Izwa Kamaruddin berkata…
hehehee....teguran yg baik :)
dayteenlea berkata…
sepanjang berblogging
baru 1st time join segmen utk tmbh follower
tu je la sekali
huhuhu

bile buat segmen nak bagi kad raya tanpa buat entry bagai,GA
takde sambutan lak.hahahaha
kalau kene wat2 entry banyak lak yg masuk kan?hahaha
ngeh2

eh.saya update hari2.

wakakakaka
Tanpa Nama berkata…
emm, betul jgk kan? sy pon kadang2 asyik join segmen je..mmg ambil masa nk BW & komen semua blogger yg join segmen yg sama..follower brtambah, tp x ramai pon yg saling komen2... oke2, pasni sy cuba banyakkan entri lain yg lebih "berisi".. :)
Reena Sidek berkata…
hehehehe.... siapa yg makan cili ni mesti rasa pedas... dan sy tak suka makan cili...

ada kena mengena ke komen sy ni... ;p
DekNie berkata…
tak marah pon...buat apa nak marah bila buat entry yang memberi manfaat kpd semua.. malah, deknie nk ucapkan terima kasih sbb entry ni bg pengetahuan berguna buat deknie... thanks...
Unknown berkata…
hehehe...blogger tak marah..cuma terasa...haha...bagi sy memg betul pun ape yg hanif tulis tu...hehe
Unknown berkata…
mereka rajin tu nak join segmen....sy hanya pabila ade masa je...heheh
Unknown berkata…
Puff! *terasa* haha
Sebab tu dah tak join sgt dah segmen2 ni. Just ping entri blog je... :D
Teacher Basariah berkata…
cikgu lagi best..langsung tak sertai mana2..huhu..tak sempat sebenarnya..
Momo berkata…
tak nak join banyak sgt segmen takut tak larat nak jenguk..lebih2 lagi waktu sibuk.. huhu.. but follower dan readers ni same2 penting kan?
Miss Syahbanu berkata…
hehehe betul gak tuh..nk join byk segmen mmg kena bgi komitmen..sy pun join byk segmen sbb ada masa terluang yela dh cuti skrg ni jadi bolehlah redah semua blog hehehe..
THE AUTHOR berkata…
Semuanya sporting!!!
Jangan marah sebab sejak aku blogwalking kat semua blog..banyak sangat join segmen. Kalau satu atau dua segmen OK lagi..tapi sekali gus sampai 4..hehehehehe

Pecinta pink^^ berkata…
dulu ye penuh segala jenis segmen nk join..gila glamer..haha..tpi skang mood dah kelaut nk bersegmen..tpi elok jugak selang dengan entry..btw..semua sy setuju..sme2 renung2 kn..hikhik
Aiisyah Roseskalerful berkata…
maybe yg join byk2 segmen ni blogger baru.. nanti dah lama pandai2lah diaorang nak buat entry lain :-P
tirahzairi berkata…
tirah join segmen yg kwn2 rapat je...kalo tetbe mmg xjoin...malas pon ade..ehehehe
rAIHan berkata…
dulu rajin gak nak join..huhu..tp skg dah jarang sekali. :)
Aimacomel berkata…
betul apa yg bro hanif cakap tu.. mcm saya ni yg hanya part time berblogging ni sgt2 lah susah nk cari masa.. sgt2 takut kalau xboleh nk bagi full komitmen bila join segmen ni semua. biasanya dlm seminggu hanya mampu nak join 2-3 segmen je.. tu pun agak berat nk curi masa,
Cikrosecute berkata…
terasa jugak nie...hihihi..kalau cr tak tahu nak tulis atau mood ke laut join jer segmen hihihi