Pada 7.08.2012 merupakan hari yang amat sedih bagi jabatan production kami kerana salah sorang pekerja kami akan pulang ke kampung halamannnya.
Pulang ke Nepal. Selalunya kalau aku buat entri operator yang pulang selalu pekerja Indonesia tapi sejak 2 tahun kebelakangan ini jabatan aku dah jadi multi nation dengan adanya Myammar, Nepal, Cambodia dan Indonesia serta tidak dilupakan Malaysia...hehehehe.
Permulaan perubahan multi nation ini aku agak sukar juga nak biasakan diri tambahan lagi kebanyakkan masuk adalah lelaki.
Kita kan dah lali dengan pekerja Indonesia bergenderkan wanita so apabila perubahan budaya ini terasa susahnya. Dan tak best rasanya...hahahaha.
Pertama percakapan dan budaya mereka yang berbeza sangat. Kalau Indonesia aku dah mahir sikit cakap bahasa Indonesia ni.
Kalau tercampak ke Jakarta sure dia orang ingat aku Mamat Indon..kekekekekeke. Bukan bahasa Jawa tapi bahasa Indonesia yang selalu tayang sinetron beratus-ratus tu.
Tapi lama kelamaan aku memang suka dengan Nepal dan Myammar ini.
Nepal ini kalau buat satu kerja memang tak der shot cut punya. Follow the system. Tapi kena selalu juga monitor sebab kalau tak memulau ajer...hehehehehe. Biasanya kalau Nepal panggil kau Boss...hehehehhe
Manakala Myammar lak , kau kasi ler apa kerja, memang cukup rajin. Tambahan lagi memang hormat kat kita sebagai superior mereka.
Memang sedih juga aku lihat salah satu pekerja Nepal aku ni pulang. Hilangnya satu bintang yang penat lelah aku gilap. Tu lah masalahnya kalau ambil pekerja asing, baru nak pandai dah habis kontrak...pehhh!!!!
Walau apa pun to Bhim Raj selamat pulang !!!!
We miss U....We love U...uhhakkss...
9 Ulasan
Betul. Cik Mama....sebab tu awal2 dia orang baru masuk...kena kasi tiew betul-betul!!!
Supaya nanti tak pijak kepala...