HanifIdrus: Potong rambut selepas 10 tahun kerana jawatan pensyarah

HanifIdrus: Potong rambut selepas 10 tahun kerana jawatan pensyarah

Seorang mahasiswa yang menyiapkan ijazah kedoktorannya memotong rambut untuk kali pertama selepas kali terakhir melakukannya 10 tahun lalu.
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).

Timothy Price, 29, kini mengikuti kursus kajian teologi dan ketuhanan di Universiti Aberdeen.
Kali terakhir dia ke kedai gunting rambut ialah pada Januari 2002. Dia memutuskan untuk menukar fesyen rambut sebagai persediaan menghadiri temu duga bagi mencari pekerjaan sebagai pensyarah. Price mahu memanfaatkan rambut itu dengan menawarkannya kepada sesiapa yang memerlukan rambut palsu. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mula menyimpan rambut sejak di universiti - satu amalan yang lazim di kalangan mahasiswa. “Kemudian saya berasa selesa dan gembira dengan gaya rambut panjang,” katanya. Bagaimanapun, berdepan dengan temu duga untuk mendapatkan pekerjaan, Price berpendapat, lebih baik dia memulakan ‘hidup baru’ tanpa rambut panjang. Walaupun 10 tahun tidak bergunting, Price berkata, dia tidak gementar ketika rambutnya dipotong.
“Saya cukup bersedia berubah dan mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya. Sementara itu, isteri Price, Joy, 25, mengakui terkejut melihat wajah baru lelaki itu tanpa rambut panjang.
“Sejak berkenalan dengan Price, saya tak pernah nampak dia berambut pendek,” katanya

Catat Ulasan

6 Ulasan

ada ke yg nak beli rambut dia tu?
Unknown berkata…
agak2nya berapa panjang ler rambut dia yang tak terpotong sepuluh tahun tu ye??
Diari Maya berkata…
igtkn hanif yg tak potong rambut 10 thn td...kihkihkih
abikwan berkata…
hahahaha,, sampai macam tu sekali .. punya kejar ilmu .. sampai lupa semua.
Salun Rambut berkata…
Salam, Saya ada menyediakan perkhidmatan mendandan rambut, make-up, manicure & pedicure di rumah di Kota Damansara. Harga untuk wash, cut & blow RM15. Colour/ Inai RM30-RM88. Rebonding/ Perming RM88-RM128. Treatment RM38. Atau layari laman myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih tuan rumah.
Salun Rambut berkata…
Salam, saya ada menyediakan perkhidmatan mendandan rambut, make-up, manicure & pedicure di rumah di Kota Damansara. Harga untuk wash, cut & blow RM15. Colour/ Inai RM30-RM88. Rebonding/ Perming RM88-RM128. Treatment RM38. Sekiranya berminat boleh kal Zura 012-2084048. Atau layari laman myhomesalon.blogspot.com. Terimakasih tuan rumah.