HanifIdrus: Teh Tarik Malaysia Popular Di Indonesia

HanifIdrus: Teh Tarik Malaysia Popular Di Indonesia

Kelazatan makanan dan minuman beberapa produk Malaysia diakui oleh ramai pelawat asing di sini sebagaimana diceritakan oleh beberapa orang daripada mereka yang ditemui penulis.

Namun bagi seorang usahawan wanita Indonesia di Tangerang, Banten, kenikmatan minuman teh tarik segera di sebuah rumah sahabat karib keluarga di Kuala Lumpur beberapa ketika dulu, mendorong beliau menjadi pengedar produk Malaysia itu di Indonesia.
Rike Purnomo, yang jatuh hati dengan rasa istimewa teh tarik segera dihidangkan sahabat karibnya Aishah Ali, tidak ragu-ragu untuk memasarkan produk itu di Indonesia kerana yakin orang Indonesia akan menggemari minuman itu.

"Dari Jakarta saya menelefon secara langsung ke syarikat Aik Cheong di Melaka untuk menyampaikan hasrat menjadi pengedar produk tehnya," kata Rike ketika ditemubual di pejabat syarikat miliknya Sarana Makmur Sejahtera (SMS), di Karawaci, Tangerang, Banten.

Kejayaannya sebagai pengedar teh tarik segera produk Malaysia itu bukan sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui laluan yang berliku, namun beliau tetap yakin dengan kemampuannya.
"Saya pernah berusaha memberikan contoh minuman itu dengan mengetuk pintu ke pintu rumah penduduk.
"Bukan mudah untuk memperkenalkan jenama ini kerana banyak pihak yang ragu-ragu, bahkan ada peniaga kedai runcit yang pernah melemparkan contoh minuman yang saya berikan kerana tidak percaya mengenai produk berkenaan," katanya.

Pengalaman awal yang menyulitkan sebegini tidak pernah mematahkan semangat Rike untuk terus berusaha memperkenalkannya di kedai-kedai runcit, pasar mini
dan pasaraya, sehingga akhirnya ia menjadi permintaan di pasaran Indonesia.
Akhirnya, Rike mendapat status pengedar tunggal produk Malaysia itu di Indonesia selepas mengambil alih daripada sebuah syarikat lain.

Usaha Rike mendapat sokongan kuat daripada suaminya Purnomo Utoyo serta tiga orang anak mereka,
yang kini diberikan tugas khusus untuk mengembangkan
perniagaan itu.
Anak sulung pasangan itu, M Randy Rahtomo selaku Pengarah syarikat SMS berkata usaha gigih ibunya serta sokongan semua anggota keluarga akhirnya telah membuahkan hasil apabila permintaan terhadap produk edaran syarikat mereka terus meningkat.

"Perkembangan ini dapat dilihat apabila pasaraya-pasaraya besar seperti Carrefour membuat pesanan bagi produk itu secara konsisten," katanya.
Randy berkata populariti teh tarik segera itu telah mendorong beberapa syarikat tempatan untuk turut mengeluarkan produk serupa yang kini menjadi pesaing, namun keunikan citarasa selera Malaysia itu sehingga ini belum dapat ditandingi.
Kini syarikat Rike bukan saja memasarkan produk teh tarik tetapi juga pelbagai produk minuman segera lain syarikat itu seperti kopi-o, cappucino, kopi putih dan kopi campuran

Catat Ulasan

7 Ulasan

Diari Maya berkata…
suka teh tarik... tiap2 hari minum pon tak jemu taw.
dayteenlea berkata…
serbuk teh tu kalau di rebus dengan air
lagi kick rasanya.buh susu carnation sket.hehh n milo..
perghh
Aiisyah Roseskalerful berkata…
wah! teh tarik Malaysia memang sedap pun :-D
MalizaMah berkata…
waaa tak sangka erk.
nursuriani berkata…
teh tarik mang sedappp!!
Abu Bagi berkata…
usaha tangga kejayaan.. itu je la yg boleh di simpulkan drpd kisah Rike..
Cikrosecute berkata…
Wah!! hebat tue...sampai terkenal di indon...