Jenayah menurun pada Aidilfitri

Jenayah menurun pada Aidilfitri

Walaupun tanggapan aktiviti jenayah biasanya meningkat ketika cuti hari raya Aidilfitri apabila kebanyakan warga Jakarta meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung, namun kadar jenayah tahun ini sebenarnya menurun berbanding sebelum cuti hari raya, menurut data Polis Jakarta yang dikeluarkan semalam.
Angka itu mendedahkan bahawa kadar jenayah ketika operasi Ketupat Jaya 2012 antara 11 Ogos dan 26 Ogos berkurangan 10 peratus kepada 449 kes berbanding 499 kes pada 16 hari sebelum operasi bermula.
Kebanyakan kes adalah mengenai kecurian dengan 199 berlaku sebelum 16 hari operasi berlangsung, disusuli oleh kecurian kenderaan dengan 146 kes, rompakan bersenjata (48 kes) dan tiga pergaduhan di jalanan.
Berdasarkan data, kecurian kenderaan menunjukkan pengurangan mendadak, jatuh 34 peratus daripada 221 kes sebelum operasi. Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto menegaskan penurunan itu kerana kebanyakan orang di bandar raya itu pulang ke kampung untuk meraikan cuti melalui tradisi bergelar mudik.
“Dan mereka juga termasuk penjenayah. Sebab itu, kadar jenayah biasanya berkurangan ketika cuti, manakala ia makin meningkat ketika waktu lain,” katanya.
Angka jenayah tahun ini, bagaimanapun, melebihi dua kali ganda pada tahun lalu apabila polis merekodkan sebanyak 221 kes.

Data itu turut mendedahkan bilangan kebakaran yang meningkat 61 peratus kepada 53 kes ketika cuti berbanding 33 sebelum itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan