Hari ini nak cerita tentang wayang.
Tempoh hari aku cuti sempat juga tengok wayang terbaru Total Recall.
Rating yang terbaik boleh aku berikan ialah 3/5.
Sejak kebelakangan cerita omputih ini kalau cerita gaduh-gaduh ini memang teknik komputernya hidup. Memang cantik latar belakangnya.
Sebab tu aku kebanyakkan cerita gaduh-gaduh omputih ini aku kasi rating 4/5.
Sebelum memulakan cerita ini kita kena tahu pada zaman cerita ini berlaku, dunia telah tercemar akibat peperangan kimia. Tanah amat sikit untuk didiami dan pada zaman itu hanya terdapat 2 tanah yang sahaja iaitu "Koloni" Dan "UFB"
Yang maju dan jahat ialah UFB manakala kena tindas ialah KOLONI.
Walau pun jarak antara 2 benua ini jauh namun terdapat satu pengangkutan utama sahaja yang digunakan iaitu " The Fall". Ia macam bas tapi lalu bawah tanah...hehehehehe.
Koloni dan UFB ini sebenarnya tak baik sesama sendiri, kerap bergaduh!!!!
Koloni sering meminta kemerdekaan dan kebebasan negara mereka dari UFB..
Jalan cerita Total Recall ini amat tipikal. Mungkin cerita ini pernah dimainkan oleh Arnold Skarwanager dahulu, so jalan cerita tipikal ini sudah dapat dibaca oleh penonton.
Permulaan cerita ialah hero kita Hauger ini telah dicuci mindanya dan diberi identiti yang baru. Dimana dalam identiti yang baru ini beliau bekerja di kilang elektronik dan mempunyai seorang isteri. Beliau juga mempunyai seorang kawan baik.
Dan pada masa itu terdapat satu aplikasi permainanan minda dipanggil Rekall. Dimana pemain boleh menikmati imaginasi mereka.
So hero kita pun pergi ler ke sana dan imaginasi dia ialah hendak menjadi perisik..
Tapi ada syaratnya, setiap pemain tidak boleh ada pengalaman imaginasinya. Sebagai contoh kalau dia hendak jadi perisik dia tidak boleh jadi perisik. Kalau tak, otak dia akan mendapat gangguan!!
So hero pun memulakan Rekall imaginasinya sebagai perisik..
Tiba-tiba......
Semasa nak download program perisik ke minda hero, tiba-tiba operator pemain itu cepat-cepat cabutkan plug sebab melalui scanningnya dia dapati hero pernah jadi perisik.
Hero terpinga-pinga sambil terjebir lidah kebinggungan ..hehehhe.
Walau pun dicabut plug tapi sedikit sebanyak memori lamanya kembali muncul perlahan-lahan.
Pada ketika ia tengah terpinga-pinga, bangunan Rekall telah diserbu oleh polis.
Tapi hero terperanjat ia boleh mengalahkan kesemua polis tersebut ...
Setelah ia kalahkan kesemua polis tersebut, maka ia pun berlari laju ke rumahnya dan beritahu isterinya apa yang terjadi.
Tetiba isterinya nak bunuh dia pula...Wah!! tambah konpius hero ini.
Rupanya bininya juga adalah perisik menyamar setelah dicuci mindanya.
So dia pun lari dari bininya yang hendak membunuhnya!!!
Dalam aktiviti scene lari yang agak panjang juga...ia berjaya mendapat maklumat dari tangannya yang ada telepon. Teknologi akan datang telepon dalam tapak tangan..!! Percayalah!!!
Dari semua maklumat itu, ia berjaya menemui dirinya..
( Dalam mencari maklumat dirinya tu..ada lagi adegan kejar -mengejar..., kawan baiknya juga jahat...)
AKHIRNYA..hero telah ketahui bahawa ia sebenarnya perisik UFB yang telah berpaling tadah menyokong Koloni. Sebenarnya Koloni telah ditindas dan akan dijajah oleh UFB.
So bermulalah perjuangan hero dan ( lupa nak beritahu masa lari-lari tu, ia terjumpa teman wanita lamanya..hehehehe)
Endingnya The Fall berjaya dirosakkan semasa ia membawa 50 ribu askar untuk menyerang Koloni.
Hero kembali ke pangkuan teman wanita..
Semua happy ending....sok..sok..sokk..
3 Ulasan
sgt suka action muvie