Lebih sayang anak patung dari suami

Lebih sayang anak patung dari suami

hanifidrus
Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.
Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.
Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.

Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.
Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan - malah, memabawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.
Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.

Catat Ulasan

10 Ulasan

Aimacomel berkata…
anak patung bukan boleh buat apa pun. xbernyawa. maybe dia ada masalah mental kot
ezzard ruzlan berkata…
Salam Bro,
Selamat Berhari Raya dan Selamat bekerja semula..hahaha
MalizaMah berkata…
pelik bin ajaib ni.
Aiisyah Roseskalerful berkata…
uish, creepynya perempuan ni..
Ain berkata…
pelik betol. die lebihkan anak patung pulak..haha
Unknown berkata…
kelakar jer, haha
Tanpa Nama berkata…
hmm.. mgkin emosi dia tergangu kan..mcm gila pula..tapi ksian tau..dia x sedar pn keadaan dia macam tu ..aneh bin ajaib jugak....harap2 suami dia terus tabah la jaga isteri dia ni..
Katak Comel berkata…
mcm ni punye kes pn ade ke..
ahaha
Unknown berkata…
kegilaan org mcm2....mintak dijauhkan...
Harun Ar berkata…
Barangkali dia kepingin punya anak/bayi lagi tapi gak kesampaian...