Lelaki Di Cadang Kencing Duduk

Lelaki Di Cadang Kencing Duduk

hanifidrus
Taiwan pun dah suruh rakyatnya kencing duduk. (artikel di bawah) Tapi sebenarnya dalam islam pun isu ni dah diperdebatkan dahulu. So kita lagi advance.
 Ini sayakutip tentang  perdebatan tentang hukum kencing berdiri dan duduk:
Dari Hudzaifah ra, beliau melihat Nabi saw buang air kecil di kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri."[Hadis riwayat Muslim]
Dari Aisyah ra, sesiapa yg menceritakan bahawa Nabi saw buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidak pernah beliau buang air kecil melainkan secara duduk."[Hadis riwayat tirmidzi]

Kedua2 hadis di atas adalah sahih. Walaupun kedua2 hadis ini seakan2 bertentangan, ini tidak bermakna salah satu hadis di atas dimansukhkan.

Utk menyelesaikan percanggahan hadis ini, salah satu dpdnya adalah hadis hukum iaitu hadis yg pertama. Dgn erti kata lain hadis yg pertama menajdi dalil bahawa kencing berdiri itu tidaklah haram.

Imam Nawawi dalam syarah Muslim berkata, yg lebih saya sukai ialah kencing sambil duduk (ia lebih sopan dan adab yg baik) tapi sambil berdiri pun dibolehkan. Kedua-duanya ada dasarnya dari Nabi saw. Allahu a'alam
 Jom lihat kekecohan rakyat Taiwan yang masih mempertikaikan isu ini.....hehehehehe

Penduduk lelaki di Taiwan digesa duduk ketika membuang air kecil sebagai usaha menjaga kebersihan tandas.
Gesaan oleh Menteri Alam Sekitar, Stpehen Chen itu bagaimanapun mencetuskan reaksi berbeza di kalangan orang awam.
Menurut Shen, dia sudah menjadikannya satu amalan dan mencadangkan lelaki lain mengikutinya agar tempat duduk tandas boleh digunakan oleh pengguna seterusnya. Sebahagian penduduk menyambut baik cadangan itu dan berkata, ia sepatutnya sudah lama dicadangkan.
Bagaimanapun, ada yang menyelar beliau.
“Ahli politik yang rosak otak. Mengapa birokrat alam sekitar itu tidak mula memakai skirt,” menurut mesej yang dimuatnaikkan dalam satu laman sembang Internet.
“Saya ingin melihat Shen dan Presiden Ma Ying-jeou menunjukkan cara kencing duduk menerusi tv,” kata seorang lagi pengunjung laman itu

Senarai peserta "Hanif Idrus Segmen Terjah' kini melebihi 30orang. Jom join.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Aimacomel berkata…
duduk & tutup kepala bila masuk tandas.. kan,
Tanpa Nama berkata…
DILARANG KENCING BERDIRI.....perlu ada kat Toiler kot....
nak buang air pun kenalah ada adabnya
Unknown berkata…
kesedaran diorang masih rendah...nk wat camne?!!!