Aku pernah membuat entri ringkas perkara ini yang mengulas 3 perkara kepincangan kemerdekaan 2012 tahun ini iaitu dari segi logo, tema dan lagunya.
Akhirnya logo kemerdekaan Malaysia 2012 telah ditukar dan diganti dengan satu logo standard iaitu "1 Malaysia" yang akan digunakan untuk Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Ianya telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Rais Yatim baru-baru ini.
Perubahan ini dilakukan atas desakan oleh rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan reka bentuk Logo Kemerdekaan Malaysia 2012 yang menghampakan.
Datuk Rais Yatim mengatakan logo yang tersebar luas sebelum ini hanyalah bersifat sementara bukannya logo rasmi Merdeka.
Walau bagaimana pun tema tahun ini "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" akan tetap tidak berubah.
Dan aku dengar lagu tema yang dicipta liriknya oleh Datuk Rais Yatim juga pun akan dikekalkan.
Cuma perubahan terbaru hanyalah logo kemerdekaan .
Lirik Lagu Janji Ditepati
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Jom kita analisa kemantapan lagu ini sebagai lagu patriotik..
Rangkap pertama aku masih boleh terima lagi kerana aku tak faham apa maksudnya..hehehehehehehe.
"Macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari' apa bende tu yek..
Rangkap kedua pula "Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi"Adakah kerana janji kekalkan merdeka 55 tahun, kita kena balas budi?
Tak faham....( aku buat tak paham)
Rangkap ketiga, aku masih boleh juga terima maksudnya.
Tentang janji-janji ...hehehehehe
Rangkap terakhir pula ada lagu kedai-kedai , BR1, TR1..apa kena mengena dengan semangat patriotik...hehehehehe
Ini merupakan satu justifikasi parti politik yang menepati janji..so mana merdekanya...
Entahlah...nasihat aku janganlah campur-baurkan politk dan kemerdekaan.
Lagu ini aku rasa sesuai untuk parti politik ...memang sesuai...
Konsep patritiotik aku rasa perlu diterapkan semula dikalangan pemimpin kita yang ada sekarang ini..
Ini adalah pandangan ikhlas aku, aku cadangkan Datuk Rais Yatim sebagai penulis lirik lagu ini terangkan satu persatu kesesuaian lagu ini dengan semangat patriotik.
Tutup mulut suara pembangkang dan kita semua bergembira menyambut kemerdekaan Malaysia ke 55 tahun yang tidak dipolitikkan!!!
14 Ulasan
malam bulan di pagar bintang saya tahulahhh hihihi
tapi tak suka jugak bila politik campur aduk ngan kemerdekaan.
terus tak jadi nak patriotik