Pengarah Genting dibayar imbuhan tertinggi

Pengarah Genting dibayar imbuhan tertinggi

Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business.

Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lepas, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta.

Genting juga mencatatkan imbuhan tertinggi sebanyak RM113 juta hingga RM113.05 juta bagi seorang pengarah tetapi tidak menamakan beliau.

Eksekutif tertinggi disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Tan Sri Lim Kok Thay.

Catat Ulasan

0 Ulasan