Pengertian Kemerdekaan 55 Tahun Malaysia.

Pengertian Kemerdekaan 55 Tahun Malaysia.

malaysia
Merdeka!!! Merdeka!!!!! Merdeka!!!!!
Bersemangat menyambut kemerdekaan...hahahahhaha.
Sempena Hari Kemerdekaan dan cuti umum ini pastinya kita digalakkan menghayati erti kemerdekaan ini.
Bersama-sama lah kita menghayati erti kemerdekaan ini dan berdoa agar negara ini kekal merdeka tidak dijajah secara langsung dan tidak langsung.

Hari ini nak Back To The Future menghayati sejarah kemerdekaan negara kita yang aku ingat-ingat sikit..
Penjajahan di Tanah Melayu bermula pada tahun 1511 dengan kejatuhan Kesultanan Melaka di jajah oleh Portugis.
Kemudian Melaka di tawan pula oleh Belanda,
Dan akhirnya melalui perjanjian dengan Inggeris (Syarikat Hindia Barat) akhirnya Melaka di serahkan kepada Inggeris.
Dimana Indonesia Belanda ambil dan Tanah Melayu Inggeris ambil..

Melalui Inggeris ini ujudlah Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu.
Hiduplah kita selama berpuluh tahun dalam pemerintahan bangsa inggeris.
Bahagia!!!

Pada masa itu rakyat Malaya hidup kais pagi makan pagi sahaja..
Tapi kita tak kisah sebab pada masa itu semua rakyat Malaya memang tiada peluang pendidikan.
Hanya keluarga bangsawan Melayu sahaja yang mendapat pendidikan tinggi.
Kita juga tak kisah hasil negara di kikis oleh penjajah dan dibawa pulang ke negara mereka.

Dan kemudian kita dijajah lagi, kali ini oleh Jepun pada masa Perang Dunia Kedua.
Kita pun tak kisah sebab yang dihalau Jepun ialah bangsa Inggeris, bukannya kita.
Kita sanggup berlapar makan ubi dan ada yang jadi tali barut Jepun pada masa Perang Dunia Kedua..

Selepas Perang Dunia Kedua, kita dijajah pula Bintang Tiga.Iaitu komunis pimpinan Chin Peng.
Aku kurang pasti berapa lama, tapi tak salah aku dalam 14 hari sahaja.
Yang ini kita kisah sikit ler..sebab komunis yang nak tawan negara kita..
Tak pasal-pasal semua raja-raja jadi kelas pekerja dan kita dipaksa keluar agama...huhuhuhu.

Kemudian inggeris datang semua untuk selamatkan Tanah Melayu ini.
Komunis dihalau ke hutan..
Dan inggeris kembali memerintah Tanah Melayu ini..
Kita tak kisah sebab pemerintah tersayang kita telah selamatkan kita.

Jeng...jeng...jeng...buat sound sistem sikit....hehehhehe
Inggeris nak ujudkan Malayan Union!!!!
Dimana kuasa raja-raja akan dilucutkan...
Kita kisah sebab raja kita adalah kesayangan kita..mereka adalah tiang bangsa Melayu...
Ramai ler yang pakat-pakat menentang Malayan Union terutama golongan yang paling aktif pada masa itu ialah golongan guru.
Merekalah golongan melayu yang mendapat pendidikan yang paling tinggi pada masa itu.

Dari situ ujudlah bibit-bibit menuntut kemerdekaan dan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman akhirnya 31.08.1957 kita merdeka.
Yang spesialnya tentang kemerdekaan Malaya ketika itu kita tidak tumpahkan setitis darah...
Kalau nak tahu Tunku umumkan tarikh kemerdekaan di Melaka ...hehehehehe.
Dahulu dikenali Padang Pahlawan dan kini dipanggil Dataran Pahlawan.
Mungkin dia pilih Melaka sebab Melaka tak der raja so tak ler orang kata dia pilih kasih ...
Kalau dia umum di Kedah..kang orang kata Tunku ini lebihkan sultan Kedah ...hahahahaha

Kalau kita buat kira-kira dari tahun 1511 hingga 1957, kita telah dijajah selama 446 tahun!!
Dan sekarang kita merdeka selama 55 tahun!!!
Itu pun dah mula nak gaduh-gaduh sesama sendiri.
Yang ini kita kena kisah!!!!!!!!
SEBAB kalau boleh kita mahu Malaysia terus merdeka dengan aman dan makmur selama-lamanya.

Tiada guna kita merdeka jika negara ini berperang sesama sendiri.
Malah semangat bersatu dikalangan semua kaum dinegara ini harus lah dikekalkan supaya Malaysia tetap disegani sebagai negara yang mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain..
Merdeka!!! Merdeka!!!!! Merdeka!!!!!

Jom join  " Hanif Idrus Segmen Terjah".

Catat Ulasan

9 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ebatlah abg hanif ble jadi c.gu sej nie..hehe..salam merdeka~~=)
Aimacomel berkata…
Selamat hari merdeka,
jangan biarkan diri & negara dijajah kembali. kekalkan keamanan & keharmonian kaum, tingkatkan ekonomi & majukan diri.. I Luv Malaysia, bangga jd anak merdeka ni
Miss Syahbanu berkata…
nice entry..salam kemerdekaan untuk semua..
Aiisyah Roseskalerful berkata…
wah~ bagus2.. ada semangat kemerdekaan ni.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
rAIHan berkata…
salam merdeka..^^
Mummy MM berkata…
selamat hari kemerdekaan :)
MalizaMah berkata…
salam merdeka juga......
seronok sgt terjah dataran pagi tadi.
nur berkata…
PENYAMPAIAN YG SANTAI DAN TAK BORING..
CIKGU SEJARAH KE?

SLMT KENAL