Pertandingan makan embrio itik

Pertandingan makan embrio itik

balut
Geli....ini yang terbaik aku boleh katakan.
Manusia sekarang ni aku tengok dah makin pelik...macam-macam peel yang mengarut mereka buat!!
Satu pertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna kali pertama diadakan di Amerika Syarikat (AS) kelmarin
Dikenali sebagai balut, telur berkenaan merupakan antara makanan menjijikkan di dunia.

Acara ekstrem tersebut dianjurkan oleh restoran Maharlika yang menjual masakan Filipina di sini.
"Telur ini direbus dan dihidangkan bersama secubit garam dan cuka tebu,
"Apabila kulit telur dipecahkan, anda mula dengan meminum cairan di dalamnya sebelum memakan janin anak itik. Jika anda bertuah, anda akan menemui embrio itik yang mempunyai sedikit bulu dan paruh kecil," kata pemilik bersama restoran berkenaan, Miguel Trinidad.

"Telur ini merupakan sumber protein yang hebat dan dapat menguatkan tenaga batin anda," tambahya.
Menampilkan 10 peserta, pertandingan sulung itu dimenangi oleh seorang lelaki, Wayne Algenio.
Dia memakan sebanyak 18 telur embrio dalam tempoh lima minit.
Algenio yang memenangi tali pinggang hitam bersadur emas berjanji akan mempertahankan kejuaraannya pada tahun depan.

Catat Ulasan

9 Ulasan

MalizaMah berkata…
Dahsyatnya .... Mcm ni pun boleh erk. Kat maslaysia, bab makanan tak segila tu lagi kot... Haaaaa
Dkna Abza berkata…
nak muntah!! errkkk
Momo berkata…
rasa macam nak termuntah dah..haha.. lagi..lagi makan janin manusia..yuck..
Unknown berkata…
Euwwwwww!! Gross! takde ke pertandingan makan yg lebih enak dari menda ni??? :P
Teacher Basariah berkata…
uwek..pelik2 manusia ni
Nor Zilla Sensei berkata…
uiksss...eeee.. pelik2 aje mat saleh ni.
Aiisyah Roseskalerful berkata…
erk? ada juga pertandingan mcm ni ke? pelik2
nursuriani berkata…
tak lalu weh...serius! huhuhuhu
Aimacomel berkata…
baru baca tajuk pun dh rasa nk terkeluar anak tekak ni.. xde benda lain ke nk dimakan eh??