Temuduga untuk jadi calon isteri lelaki kaya

Temuduga untuk jadi calon isteri lelaki kaya

hanifidrus
Inilah Negeri China , benda yang tak pernah dibuat manusia zaman moden ini.
Itu pun ada orang yang sanggup beratur nak jadi calon isteri orang kaya...hehehehehhe
Merendahkan martabat wanita ajer...aduss
Inilah yang berlaku apabila materialistik menjadi ukuran!!

Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.

Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.

Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.

Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.
Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000

Catat Ulasan

9 Ulasan

MalizaMah berkata…
Haaaaa... Ada juga erk.... Ki ki ki
Cendol berkata…
eee..mcm tak malu je depa ni..oh yeah! no money no talk eh?
mcm2 skrg ni..ade yg tak malu tu tak payah byr pn free2 je ikot jantan ke sane sini..yg dah mcm ni pn mcm tak malu jugak tu.semua pisau cukur .haha
Reena Sidek berkata…
huh... perhubungan yg tak berlandakan keikhlasan...
hungungan macam ni biasanye tak kekal lama...
dya nasir berkata…
mmg materialistik ni..tak sangka ada org mcm ni.ish4
Kekzamanis berkata…
Haiyo! Cenggini pon hado ke? Teruk betul la.. Nasib Malaysia tak buat cani.. Klu tak alamatnya bertambah2 la golongan jutawan menduda lepas bankrup..Janda2 plak makin ramai ler bergelar jutawanita.. Ngahahaha! Gilos..
Azlan Strider berkata…
eh..ni macam interview nak jadi calon isteri aku aritu jer..hehehe

Regards,
-Strider-
Nor Zilla Sensei berkata…
ade jugak ea... tap[i lagi best ade sati citer 2, lelaki cari calon menantu depan ramai2 perempuan, tapi msti citer kisah pasal laki tu, yang mana berminat akn pilih laki 2 jadi suami.. program dari cina jugak..
Aimacomel berkata…
errk, macam-macam.. dh kaya sgt agaknya laki2 tu. yg pempuan pulak kemain suka eh bila ada open interview gitu
nursuriani berkata…
kat mana? kat mana?? nak p jugak. nk p jugak :P hihihi