Tiga maut jejambat runtuh di China

Tiga maut jejambat runtuh di China

Belilah barangan China..sure tak ader kualiti.....
Tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera apabila jejambat sebanyak lapan lorong runtuh di timur laut China semalam, sembilan bulan selepas siap dibina, lapor agensi berita China News Service.

Jejambat itu merupakan sebahagian daripada laluan ke sebuah lapangan terbang di bandar Harbin.

Ia dibuka pada November tahun lalu selepas dua tahun siap dibina dengan kos AS$300 juta (RM930.39 juta).
Dua orang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati kemudian.

Pihak berkuasa akan menyiasat reka bentuk dan ciri-ciri pembinaan semasa melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.

Ribuan orang memberi komen tentang runtuhan itu di laman Sina Weibo.

"Cuba bayangkan beberapa pegawai korup mengambil empat perlima daripada dana projek," kata seorang pengguna laman itu

Catat Ulasan

3 Ulasan

Kak Bunga berkata…
teruk betul korup negara dorg ye...x pasal2 projek jadi x berkualiti...mengorbankan nyawa orang pulak tu...haihhh
Reena Sidek berkata…
memang tak menjamin.... tak pasal2 nyawa melayang.... huhuhu
Aimacomel berkata…
xjujur camtu la. owh apalah nasib kita org awam ni kan bila terdedah dgn keadaan yg tak selamat camtu :(