Tips Meninggalkan Blog Tak Updated

Tips Meninggalkan Blog Tak Updated

Tips Meninggalkan Blog Tak Updated

Sebaik contoh ialah pada  Hari Raya Aidilfitri yang pasti ramai blogger akan meninggalkan blog mereka. Ada yang akan meninggalkan blog selama 4 hari atau satu minggu.
Dalam dunia blogging ini , terdapat beberapa tips yang penting semasa anda meninggalkan blog anda dan di beritahu kepada pembaca anda.

Pertama ialah header harus di tukar bersesuaian dengan hari yang anda cuti. Misalnya anda tidak updated blog kerana Hari Raya Aildilfitri. So letakkan header Hari Raya Aidilfitri di blog anda. Dan kalau nak lebih canggih letak ler sikit daun ketupat atau pelita di blog anda itu.  Sesekali loading time tinggi apa salahnya...hehehehe
So pembaca yang datang tahu anda memang blogger yang updated blog tapi kali anda bercuti kerana Hari Raya Aidilfitri.

Kedua ialah pastikan post-post anda yang terdahulu mudah di capai oleh pembaca. Sudah semestinya kalau datang ke blog anda ingin membaca tapi anda tak updated blog siapa nak baca!!!
Pastikan ada side bar/sitemap/random post yang memberi peluang kepada pembaca untuk membaca post-post lama anda terutama popular post...

Ketiga ialah buat post schedule. Siap sedia kan cerita untuk satu minggu semasa ketiadaan anda. Dalam hal ini kalau kebiasaannya satu hari anda buat 4 post, untuk kali ini buat 1 post sehari pun dah memadai.

Dan ambilah cerita-cerita dari paper yang menarik dan tepek kat post anda.
Selain itu anda juga mempunyai laptop atau smartphone, anda boleh updated blog secara ringkas peristiwa pada hari itu.

Keempat ialah beri tarikh berapa lama anda tak akan updated blog anda. So pembaca mendapat satu guide line blog anda akan aktif kembali. Kalau tak pembaca mungkin akan berfikir anda cuti 2 hari, padahal 1 minggu. Pembaca itu log in kali-kali ke blog  ANDA dan lihat anda masih belum updated , akhirnya dia malas nak datang lagi. Semuanya tentang
 MAKLUMAT!!
Jika mereka tahu bila anda akan updated blog so..lagi baik kan...



Catat Ulasan

10 Ulasan

MalizaMah berkata…
yup.... hmmmmm..... baik.
Aiisyah Roseskalerful berkata…
terima kasih cikgu hanif.. hehe
anamizu berkata…
wahhh siap ade tips utk tinggalkan blog lagi.. sllunye tips sblm tgglkan rumah je.. hehe






slm lebaran,
cik ana
Unknown berkata…
macam tu yer :D . lama tak singgah blog sini. selamat hari raya! (:
Shaiful Zaidi berkata…
salam Aidilfitri. mai singgah lagunamerbok ambil kad raya.
Ain Zayy berkata…
wahh~ header baru..tahniah2..salam aidilfitri :')
amranaiman berkata…
post schedule tu biasa je buat.. huhu aku hari2 sehari je.. xrajin plak kn hehehe :D
haryati berkata…
hihi...betul tu..setuju...
Niza Romli berkata…
wah..bagus gak tip ni..lagi2 tang header raya tu..boleh buat nih.
teratai berkata…
Good tips, thanks:)