Tulang singa Afrika jadi ubat pengasih

Tulang singa Afrika jadi ubat pengasih

Tulang singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional.
Kebanyakan tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos.
Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang.

Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.

"Baru-baru ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk menyertai aktiviti memburu itu," kata seorang pegawai daripada pertubuhan pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.
Tulang-tulang singa itu menjadi popular untuk dijadikan ubat pengasih.
Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan.

Catat Ulasan

5 Ulasan

shahdiana berkata…
maknanya ramai orang nak cari jodoh guna tulang ni la...tapi negara macam tu memang suka percayai @ memuja tulang @ binatang ni kan...
Aimacomel berkata…
tulang singa utk ubat pengasih? xpenah tau tentang ni
Unknown berkata…
selamat hari raya 1433H ye maaf zahir batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)
Hana berkata…
xtau cara nak buat bagi ok balik.huhu
Unknown berkata…
mnusia ni brmcam ragam ye..