Tutup Mahkamah Kerana Tiada Hakim

Tutup Mahkamah Kerana Tiada Hakim

Indonesia bercadang untuk menutup mahkamah rasuah di peringkat wilayah kerana sukar mendapatkan hakim yang mempunyai integriti yang mampu menghapuskan rasuah yang berleluasa.
Hakim antirasuah yang ditahan baru-baru ini kerana menerima rasuah di Semarang, Jawa Tengah, memberi idea untuk memusatkan semua mahkamah rasuah untuk memastikan objektifnya berjaya.
Menurut Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, memusatkan semua mahkamah rasuah akan memudahkan mereka untuk dimantau walaupun ia mungkin melangkaui beberapa kes di dalam wilayah kerana keluasan negara itu.

“Mahkamah antirasuah dibuat di wilayah kerana saiz negara ini yang besar. Proses akan terhalang jika semua dilakukan di ibu negara, tetapi insiden yang berlaku ini menjadi pembuka mata kita semua untuk menilai semula semua mahkamah rasuah di wilayah, juga hakimnya,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan