Ini adalah entri peringatan kepada lelaki bergelar ayah dan suami jangan lupa bayar zakat fitrah. Ini juga peringatan kepada aku sekali..hehehehe.
Semalam nak bayar kat Tesco tapi orang tiada, meja ada ler.
So tak berbayar ler...mungkin Sabtu ini kot aku bayar....
Disini aku nak terangkan sikit penerangan tenatng Zakat Fitrah ini dan bayaran tahun 2012.
Apa Itu Zakat Fitrah
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Syarat Zakat Fitrah
1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak RM _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala.
Bayaran Zakat Fitrah 2012 :
Perlis ialah RM6.00
Kelantan, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Sabah dan Persekutuan ialah RM7.00
Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka ialah RM6.50
Johor ialah RM5.00/ RM8.00
Trengganu ialah RM4.50/RM7/RM7.60.
4 Ulasan
Tak banyak RM32.50...
Karaoke lagi mahal....