
Seorang pegawai tentera laut, Leftenan Komander Patiroop Khemtis berkata, klip tersebut disiarkan semasa parti tahunan yang diadakan di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phuket, selatan Thailand pada Rabu lalu.
Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat (AS).
Video muzik Gangnam Style telah ditonton lebih 292 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Tarian tersebut juga menyebabkan Psy, 34, menjadi terkenal di AS dan dipikat menjadi artis syarikat Schoolboy Records milik Scooter Braun.
Braun merupakan pengurus penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber
4 Ulasan