Sekarang semua sibuk bercerita tentang Belanjawan 2013. Yang naik hari ini ialah harga gula....huhuhu.
Rokok aku baca tak naik lak....hahahahha
Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok. Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada
persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.
Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.
Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.
Kenaikan itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang.
Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan
Entri berkaitan: Intipati Belanjawan Malaysia 2013
13 Ulasan
tak hairanlah. sebab on the way nak balik kampung dulu ni penuh dengan tanaman tebu. tapi sekarang dorang dah tukar tanam pisang le,, tanam kelapa sawit le , tanam getah le.
inilah kesan yang kita kena terima di atas peralihan .
tapi tak dengar part tu.. dengar part lain.. :)
dengar sekerat je...