Gadis kilang campak bayi Di Flat direman

Gadis kilang campak bayi Di Flat direman

hanifidrus
Akhirmya insan yang mencampak bayi di flat telah tertangkap.
Rupanya anak diluar nikah..
Inilah kesan zina, sedapnya tak sampai 10 minit tapi menanggung di dunia ini sembilan bulan belum dicampurkan kena penjara.
Apatah lagi dosa zina tu dari segi agama.!!!

Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.
Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Catat Ulasan

20 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tak faham dgn manusia skrang ni.. sampai sanggup berkelauan begini!
Unknown berkata…
Bengong dia ni... Kalau tak nak, pegi jabatan kebajikan tu... Boleh jaga baby... Kesian sangat baby yg tak tahu ape
ezzard ruzlan berkata…
slam bro, kasi email add.. send to ezzardroslan@gmail.com
Unknown berkata…
apa kata dia pulak yg di campak dari flat tu?? ha ha ha >..<
nursuriani berkata…
kesian sangat kat baby tuh!
ezzard ruzlan berkata…
Bro,

http://ezzardesire.blogspot.com/2012/09/kawan-blog-yang-aktif-singgah.html
Razif berkata…
Sukarnye aku nak terima cerita mcm ni ... sedih nak menangis dibuatnya, senangnye membuat keputusan dng mancampak zuriat yg susah payah dilahirkan sendiri .. ketandusan iman betul budak ni.
boni kacak berkata…
kenapa dia boleh terfikir nak campak anak tu ke bawah ye??pelik betullah..
Unknown berkata…
jom kita campak dia pulak..baru dia rasa betapa siksanya dia buat camtu.....
moga Allah memberikan dia hidayah.....
Unknown berkata…
kene rasuk ngan setan kot dia nih..binatang pon takde kejam mcm ni
Unknown berkata…
ni namanya bangang...
cukup geram kalau baca citer macam ni..
haish..
manusia..manusia...


sorry..
teremosi plak.. :)
OKje berkata…
Ya Allah ... takutnya .....mintak dijauhkan Allahlah hendaknya...

Susahnya nak 'mendidik anak' anak ni...

** NIF OKje bukan rajin nak merewang ni...he...he... tapi paksa rela ... hu...hu...
Blog Santai berkata…
Thanks hanif coz update cerita ni..tak sempat nak follow up today...nway inilah contoh manusia akhir zaman kan..apabila pembunuhan bukan lagi dianggap sesuatu yang luar biasa...
yana halim berkata…
sangat2 x dapat terima perlakuan mcm ni.
Razanah Amy berkata…
bila terdengar jer berita nie...rasa nak nangis tgk baby tu ...kesian..knplah terjadinya semacam ini...huhuhu
Salmi berkata…
Begitu murah nilai sebuah nyawa.. Beberapa saat dilahirkan dh diragut ibu sendiri. sedih tak terkata..
Aimacomel berkata…
manusia xde hati perut. pandai buat je
Firdausy CiLiKku berkata…
apalah salah bayi yang dilahirkan...
sampainya hati xder rasa sayang langsungke?
org yg dah kawinpun ada yg susah nak dapat zuriat, dia senang2 nak bunuh anak
mehlah kat aku baby tu kalu xnak, aku sanggup jaga dan ramai lg yg nak jaga gak.

Unknown berkata…
kesian ngan baby tu , perempuan tu penjara seumur hidup bagus lagi. haha
fieda berkata…
mmg syang betul la..hrp muka jer ctk..