Gangnam Style cecah 200 juta tontonan

Gangnam Style cecah 200 juta tontonan

Penyanyi pop sensasi Korea Selatan, Park Jae-Sang menjadikan negara itu lebih popular apabila video Gangnam Style mencecah 200 juta penonton di YouTube, beberapa hari selepas mendapat tempat pertama dalam carta iTunes Amerika Syarikat.
“Dapat 200 juta tontonan!! Terima kasih semua!” kata Park atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Psy di akaun Twitternya @psy-oppa.
Video yang memaparkan Psy membuat tarian “tunggang kuda”, menjadi popular tidak lama selepas dimuat naik dalam laman perkongsian video pada pertengahan Julai lalu, menjadikan penyanyi bertubuh gempal dan berusia 34 tahun itu terkenal di peringkat antarabangsa.

Dia turut muncul di acara Anugerah MTV di Los Angeles baru-baru ini dan beberapa rancangan bual bicara AS dan ini membuatkan dia lebih terkenal dan melonjakkan lagu Gangnam Style di carta iTunes AS, Sabtu lalu

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
femes sekelip mata.....
dgn hasilnya nanti.... tak payah bergangnam pun... sampai mati duit tak habis.....
Unknown berkata…
heh...tahniah sbb popularkan lg korea dan takziah sb ramai yg kutuk tarian tersebut sgt teruk dan mengeksploitasi tubuh wanita juga

Tengok sini ==>> Gangnam Style Boleh Memurtadkan
Unknown berkata…
hebat betol...dah 200 juta da
shahdiana berkata…
dah tengok..tapi takdelah macam best sangat...cuma dah jadi ikutan kot...