Hanif Idrus: Cara Atasi Kekurangan Pengomen

Hanif Idrus: Cara Atasi Kekurangan Pengomen

Tadi baru berbual dengan seorang rakan tentang kefrustan nya mahu meneruskan berblogging disebabkan kurangnya pengomen.
Sia-sia buat entri tapi tak der orang yang sudi membaca.
Dia tanya aku macam mana nak tinggikan pengomen atau pengomel tapi bukannya beromen..hehehehehe.
Inilah yang berlaku pada aku semasa mula-mula berblogging dan atas sebab itu hampir setahun on off blog aku ini.

Aku faham masalah anda semua dan aku cukup mengerti.
Adakalanya apabila kita pergi blog orang lain dan  lihat dalam satu entri komennya ada 6 orang pun kita dah jeles.
Apatah lagi komen melebihi 10 orang ...lagi jeles.!!!
Sebab kita nak dapat 2 komen sehari pun susah....
Aku faham..

Dan buat pertama kali masa aku berbual, baru aku sedar aku telah membuat satu kesilapan. Aku sering katakan initipati dalam berblogging ialah Blogwalking. Blogwalking bermakna kita ke blog orang lain dan kita komen dan follow. Jika anda pergi ke 20 blog sehari, kalau kita ambil 30% yang balas komen kau ialah 8 orang. Kalau kita setiap hari pergi 20 blog dalam sebulan ...banyak kan..
Tak lama 20 blog - Satu blog purata 2 minit X 20 blog= 40 minit. Sehari ada 24 jam!!..hehehehhe

Tapi persoalan cepu emas dia yang buat aku  ternganga sekejap.
Kawan aku " Aku tahu Nip , konsep blogwalking ni, tapi macam mana aku nak blogwalking"
Aku jawab " Kau pergi ler semua URL blogger-blogger yang ada kat Malaysia ini, Terjah ajer"
Kawan aku "Aku tahu Nip!!! Tapi mana aku nak cari URL tu" Kalau hari ini aku dapat 20 orang , esok aku nak cari lagi 20 orang . dari mana aku nak cari"

Inilah kesilapan besar aku, katakan anda memang semangat nak blogwalking tapi tak tahu nak buat macam mana.
Bagaimana cari URL untuk Blogwalking:

MENCARI URL
a) Jom terjah bloglist aku.
Aku ada satu senarai URL semua blogger-blogger yang berkawan dengan aku. Siapa follow aku, aku terus letak dalam blogslit. Sebab senang aku nak blogwalking!!
Ada beratus-ratus URL kat dalam tu!! Dan sekarang ini semakin bertambah sejak aku buat segmen HanifIdrus Terjah.
Bagaimana nak blogwalking secara effisien, kau blogwalking pada blog-blog yang updated entri  bawah dari 4 hari.
Kat bloglist aku memang ada tulis , bila kali terakhir mereka updated.

Sebab mereka ini sudah pasti akan balas kunjungan kau kerana mereka sering updated blog.
Selepas itu kamu pergike blog updated 1 minggu sekali dan akhirnya 2 minggu sekali.
Kalau dah sebulan..kau abaikan dahulu, itu paling last kau pergi.
Ini bloglist aku

b) Join segmen
Yang ini pun paling effsien. Mula-mula aku mencari rakan-rakan baru aku, pertama sekali aku buat ialah join segmen.
Segmen ini ada pelbagai bentuk samada segmen bloglist, follower, terjah dan macam-macam nama ler..
Tapi ingat kita join segmen bukan semata-mata untuk tambahkan follower.
Aku ada senarai 99 URL senarai peserta segmen aku...jom terjah mereka dan join sekali segmen ini untuk tambah follower.
Dan spesialnya segmen ini aku akan upadated beritahu kau orang kalau ada penambahan peserta.- angkat bakul sendiri..heheheh

c) Terjah bloglist dan shout box blogger lain
Tadi aku bercerita tentang bloglist aku, kali ini aku bercerita ambil kesempatan blog orang lain, Iaitu masa kau blogwalking ke blog rakan-rakan anda melalui bloglist aku. Kau jenguk dan terjah sekali bloglist serta shout box mereka.
Kenalkan diri nak berkenalan!!

MENGEKALKAN KOMEN - buat bloglist
Ini yang paling penting, kalau sekadar blogwalking nak cari follower dan lepas tu kau tak blogwalking lagi, memang kau tak akan dapat pengomen punya. Sure!!
Untuk masalah ini, kau terpaksa membuat satu senarai bloglist URL semua rakan-rakan yang telah kau follow ke dalam bloglist kau ini.
Macam aku sekarang ini.
Aku pecahkan kepada rakan-rakan blog aku mengikut abjab. Sebabnya ialah  aku boleh setkan hari untuk aku. Isnin untuk Abjab A,B , C, D dan  Selasa untuk abjab B dan seterusnya.
Pengomen akan datang ke blog kita kalau kita rajin komen ke blog mereka. Jangan mengharap mereka nak datang ke blog kau ajer...
Mereka pun seperti kita mahukan pengomen, kalau ada orang komen blog kau, pasti kau akan balas komen mereka kan?

Jika jumlah bloglist semakin bertambah, blogwalking blog-blog yang sering upadated blog mereka. Mereka yang anda dah  komen tapi belum updated entri, kamu tak perlu komen lagi.


Bagaimana nak buat komen pengenalan
Masa mula-mula blogwalking nak cari rakan blog, anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk taip banyak-banyak.
Anda terpaksa copy paste ayat yang sama kepada semua blog yang anda mula-mula blogwalking.

Taip ini.
Salam kenal dari saya.
Saya follow awak


kalau ambil dari bloglist aku , jangan lupa kasi kredit kat aku...hehehehhehe.
Datang dari HanifIdrus Bloglist
Salam kenal dari saya.
Saya follow awak


kalau datang dari segemen
Datang dari HanifIdrus Segmen Terjah 0- nama segmen
Salam kenal dari saya.
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html - nama URL segmen anda
Saya follow awak


Dan selepas anda komen dan follow, anda masukkan nama mereka ke dalam bloglist kamu.
Selepas tu ada masa, kembali semula ke blog mereka dan komen entri-entri mereka secara serius....
Inilah yang kamu selalu lupa nak buat, dalam kepala asik fikirkan follower sahaja tetapi terlupa meneruskan persahabatan dengan mereka.
SElamat berblogging.
 Anda tahukan nak buat bloglist---? Kalau tak tahu baca yang INI.- gambar tak der tapi kalau ikut step tak ada masalah..
Selamat berblogging !!!

Dan kalau ada sesiapa nak tukau bloglist dengan aku ...seribu suka aku nak..kekekekeke
Jomjoin Hanif Idrus Segmen Terjah..peserta semakin bertambah!!! Ini sure kau akan dapat rakan blogger  yang sempoi punya...

Catat Ulasan

27 Ulasan

Naim Jr berkata…
Assalamualaikum/salam sejahtera,

BERKUALITI TINGGI!
TERBUKTI BERKESAN!
INTERAKTIF!

Klik sini untuk mengetahu cara MENJIMATKAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN TAMBAHAN selepas waktu sekolah

Alat Bantu Belajar Terbaik Dari Sekolah
MalizaMah berkata…
yup.. leeza punya bloglist pun adalah senarai yg leeza selalu terjah...
MalizaMah berkata…
yup.. leeza punya bloglist pun adalah senarai yg leeza selalu terjah...
OKje berkata…
HANIF OKje setuju sesangat...... bukan setakat berBLOGWALKING aje tapi kita kena rajin KOMEN entri diaorang dan kat shoutbox....

Lagi satu make sure TAK DE WORD VERIFICATION tu... kalau tak nak komen payah bebeno... nak kena main teka-teka dulu..... tu yg maleh nak komen tu....

Apa pun sejak OKje rajin mengomen orang ni....alhamdulilah.... entri OKje pun walau tak banyak ada jugaklah orang sudi komen.... TQ NIF.... dan blggers lain....
Shaiful Zaidi berkata…
salam..tips yg bagus. Terima kasih.
Unknown berkata…
ye la..memang sedih dan frust kalo kita beria post entry tapi x de orang komen.tapi so far bila ikut nasihat cik hanif supaya rajin BW,alhamdulillah followers pun makin meningkat dan ramai jugak yg sudi komen entry.=)
Unknown berkata…
betul kata bro.....
BW amat penting.... join segmnen pun penting..... tapi apa yg remy practikkan....
pren together2 gether....
alhamdulillah..... ada yg masih kekal sebagai pengunjung setia....
walau cuma hadir sekali mengomen...akan tetap remy hargai kehadiran mereka...
tapi bro dah masuk dlm bloglist remy..... akan selalu lah remy ke sini......he3
Korn Ahmad berkata…
entry yang bagus untuk mengekal kan readers dan follower.. perlu up entry ni anip.. btw, sempat jugak pomot bloglist n segmen ko dalam entry ye anip.. hehe.. gud2..
Unknown berkata…
hanif nak tambah lagi satu boleh?? aku rasa pada derang yg letak coding approval and so on tu mematikan niat org utk bagi komen... so mohon derang disablekan jer function tu h aha ha... aku pun cenggitu gak dulu..kunun2 takut kena virus langsung x dak org komen ha ha ha owh aku lum lagi join segmen ko tu kan... nanti akan diusah2kan juga walau terheggeh-heggeh mcm siput :P ke dah tutup??
shahdiana berkata…
panjang lebar ulasan hanif kalo tak faham tak taulah...masalah ni akak pun sering hadapi tapi mungkin sebab selalu tak updated kot,,,
FaizalRSD berkata…
Haaa...ni la kaedah yang betul!Takdela macam satu entri pilihan kat busuk.org tu.memang betul apa blogger tu cakap,tapi solution tak cukup ampuh.hanif punya entri ni complete dengan step bagai.
Tapi aku tak boleh nak apply sebab masa berblogging sangat terhad.disebabkan en hanif rajin bagi komen,saya pun rajin bagi komen kat sini,haha!
Unknown berkata…
terbaek ngan tips tu...

Terjah sini ==>> Adat Vs Agama
Unknown berkata…
bagus untuk blogger yang baru macam lina.. thanks for sharing the info...
THE AUTHOR berkata…
Word verification....aku dah buat banyak entri pasal ini..Tapi ada jug amasih letak lagi..huhuhu.
Akan aku pertimbangkan buat entri contoh word verfication yang OK atau yang salah.. dan optian2 nya..
Bagus ini..dah ada idea buat entri..heheheheh
haryati berkata…
samalah sy pun buat gak apa yg hanif bgtau tu... mula2 dulu kawan pun takde tp, bl kita rajin join segmen n follow blog org lain...dr situlah kita dapat kawan..pastu bley lah komen mengomen... blogwalking ari2...
diari farisha berkata…
saya pun setuju dg nyg lain..patut nak galkkan komen jgn letak word verification. asyik salah2 je..mls trus nk komen...hihi
Unknown berkata…
dalam bloglist bro pun ramai yg gn word verification tu..dh la kene masuk dua perkataan, pastu huruf plak mcm tulisan siam.masuk 3x pon tak lepas.terus aku tak folo n komen.mintak maaf la yer..nk org folo blog tp jgn menyusahkan org..my 2cent..hehehe
Fakta Kelakar tapi Benar
Tanpa Nama berkata…
setuju jugak
Nor Zilla Sensei berkata…
wah..setuju sangat tu. nasib baik ade list blog dlm bloglist abg hanif..heheehe..
Misterie87 berkata…
Selain dari yang dinyatakan di atas ni. Kita boleh juga berkenalan dengan rakan2 blogger di facebook, twitter, mahupun Google Plus. Kerana social web adalah merupakan port para blogger bersosial. add jer mereka walaupun kita tak kenal mereka.
Misterie87 berkata…
hahaha good tips from u la bro as usual. By the way sorry hari tu x join segmen bro sebab kena polo semua peserta. tu yang malas nak join tu. sebab ada sesetengah blog tu saya tak berapa nak masuk sangat. terutama blog berita. hehe..sorry ya bro.
RaimiSyazwan berkata…
Bagus tips ni. Aku sgt setuju, komunikasi dan interaksi antara blogger sgt penting. Ramai blogger yg abaikan pekara ni
dya nasir berkata…
dya setuju sgt2..;)
nursuriani berkata…
betul tuh! setuuju bangattttt
Tanpa Nama berkata…
nice entri....
apapun terpulang kpd blogger tu juga kan....kalo dia nak komen...makasih banyak....tak komen tp just jenguk pun dah cukup kot....wak tak kisah....hehehe....
Tanpa Nama berkata…
betul tu...kathy sokong hujah dalam entri ni...
mselim3 berkata…
Assalammualikum... datang sini kutip ilmu..

mselim3