Iklan Nilai-Nilai Murni Berjaya

Iklan Nilai-Nilai Murni Berjaya

hanifidrus
Rasanya sudah melebihi setahun iklan nilai-nilai murni yang ditayangkan  di kaca TV. Pelbagai bentuk nilai-nilai murni cuba diterapkan oleh  kerajaan seperti berbudi bahasa dengan orang tua, beri duduk kepada
orang tua, betulkan kerusi selepas beredar ,OKU parking, parking dengan  betul.

Dan sememangnya aku suka melihat iklan sebegini ditayangkan di kaca TV kita kerana permudahkan pembelajaran aku kepada anak-anak aku. Dan buat seketika semua rakyat Malaysia memperkatakan nilai-nilai murni.
Dan tempoh hari semasa aku sedang menunggu isteri aku membeli barang di Mydin. Aku memang malas nak ikut perempuan ini membeli belah ini dan disebabkan adik ipar aku ada sekali so dia ikut bini aku, baik aku layan blog aku lagi bagus...hehehee

Semasa lepak-lepak aku melihat kat Mydin dia ada sediakan 2 ruangan parking kosong untuk kereta OKU ( Orang Kurang Upaya). Kau tahu ajer ler Mydin selalu penuh parking tapi yang bestnya aku lihat ada beberapa kereta yang cari parking yang penuh di Mydin tu tetap tidak parking di kawasan OKU tersebut.
Setakat mata aku lihat ada ler 5 buah kereta ronda-ronda 2 kali cari parking tapi masuk kereta ke -enam ada mamat tu parking. Aku ingat OKU tapi bukan..
Mungkin mamat tu buta huruf kot atau tak faham simbol OKU atau buat-buat tak paham.. hehehehehe.

Tapi keseluruhannya kesedaran rakyat Malaysia akan nilai-nilai murni ni semakin berkembang. Dulu aku pun macam tu juga, janji ada parking kereta  aku sodok ajer parking walau parking OKU. Kini kalau nak parking rasa  macam bersalah ajer...ehhehehehe. Sebab dah faham kepentingan parking
OKU tersebut melalui iklan nilai-nilai murni....
Jika iklan nilai-nilai murni ini diteruskan dan di ajar  disekolah-sekolah aku rasa dalam 10 tahun, generasi baru akan lebih berhemah.

Kedua yang aku lihat semakin berkembang ialah betulkan kerusi selepas makan.. Itu pun aku ada lihat tapi tak ramai yang buat..
Kata rakan aku, segala perubahan yang baik harus dimulakan oleh seorang insan dan lama-kelamaan semua insan akan ikutinya.....

Apa pendapat anda semua?

Catat Ulasan

9 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kkdg tu ade juga yg buat dek men parking je kat tempat OKU tu!
Tanpa Nama berkata…
Masyarakat sekarang semakin peka dengan keperluan dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan keperluan OKU....
Unknown berkata…
memang sepatutnya iklan2 menyedarkan macam ni patut diperbanyakkan lagi..
rAIHan berkata…
mmg ada yg buat..tp kdg2 sbb nak cepat sgt, mybe dia x perasan.
Aiisyah Roseskalerful berkata…
mungkin diarong memang betul2 OKU cuma kita je yg xtahu.. eh?
Abu Bagi berkata…
aku setuju.. mmng nilai nilai murni dikalangan masyarakat semakin bagus..

tinggal lagi orng orng yg bongok yg tak sensitif, tak berpelajaran suka mengamalk nilai nilai buruk..puihh!!
tak paham aku..

eh teremo pulak sini haha..
Aimacomel berkata…
haah, kalau nak didik kena mula dari bawah. kalau nak tegur org yg dah tua ni xpasal2 makan penumbuk je nanti.. xsampai hati nk park kat tempat OKU walau macamne sukar pn nk mencari parking
MalizaMah berkata…
IKLAN YANG ADA NILAI MURNI leeza suka sgt..
1. boleh dijadikan bahan untk mgjar.. budak juga menarik. buat soalan berdasarkan video.
2. kita sndiri pun suka.
Cikrosecute berkata…
kkdg tu ade jugak yg parking tempat oku...sebab banyak sangat parkingnya...tak pun nak cepat..