ISS dibaiki dua angkasawan wanita

ISS dibaiki dua angkasawan wanita

hanifidrus
Tabik pada wanita!!! Sekarang ini wanita dah semakin berjaya dan ceburi semua bidang yang dialkukan lelaki sekarang ini...
Tahniah!!!
Dua angkasawan wanita berjaya berjalan di angkasa untuk memasang satu unit pengubahan tenaga baru ke atas Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), kelmarin.
Menurut wakil Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat (AS), angkasawan Sunita William dan Akihiko Hoshide terpaksa berhadapan dengan sejenis alat yang membuatkan mereka sukar menyempurnakan pemasangan semasa misi berjalan ke angkasa lepas pada minggu lalu.

Setakat ini, ISS memiliki empat Unit Utama Penukaran Bas, seberat 100 kilogram setiap satu yang mana secara bergilir-gilir menghubungkan bekalan elektrik dari stesen sayap suria.

Kerosakan yang berlaku pada unit berkenaann menghalang penyerapan kuasa daripada dua sayap suria sehingga memaksa kru kapal mematikan kuasa peralatan tertentu di bahagian sayap suria.

Kedua-dua angkasawan terpaksa berjalan selama 6.5 jam bagi menyelesaikan kerja membaik pulih unit solar ISS itu.

Catat Ulasan

2 Ulasan

nursuriani berkata…
huhu berbangga menjadi wanita!!!
shahdiana berkata…
tau takpe...berbanggalah dengan wanita @ perempuan...bisa menggegar dunia...