Jerman larang penggunaan Internet Explorer

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp. Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam. Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu. Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya. Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut. "Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan. BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu perkembangan mengenai keselamatannya

Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
heh..ade lg ke yg guna IE nih?? aku rs skg sume dh ke chrome n firefox..IE ni just utk beginner jer

Terjah sini ==>> Premium Beautiful Kena Saman
shahdiana berkata…
rasa takde dah kot orang guna IE...sume orang pun dah advance...
LiNda berkata…
dah berkurun lame xpkai IE..masalh virus ni memang bahaya, jahanam PC n file..
dya nasir berkata…
bahaya bila virus dah merebak
OKje berkata…
Oh ...yeh...maklum le OKje ni buta IT he..he.. apa pun belasah je...
izzati_bloging berkata…
hebat nye penggodam tu... tp x berapa nk teror bila dia godam IE.. knape tak godam chrome...huhuhuhu
Unknown berkata…
thanks for info bro.... IE tu dah lama tak digunakan.......
afzalsukasuki berkata…
nasib dia tolak kalau tak mesti ko dah pasang angan2 nak kawen ngan Leman kan?kan?kahkahkah
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
Jarang dah org guna IE skrg ni..lebih suka guna chrome @ mozila..
Unknown berkata…
haha, pelik kalau ade org gune IE, walaupun IE ada pro seniri. well langkah jaga2 tu penting
Unknown berkata…
masalahnya,kebanyakan aplikasi jabatan kerajaan hanya bleh dilayari dengan IE..
Terjah sini ==>> Duit atau Do It
Tanpa Nama berkata…
kat opis masih guna IE lagi....tak lama lagi jahanam kot.....kenyangler bos...haha...