Jualan iPhone cecah lima juta unit

Jualan iPhone cecah lima juta unit

Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.
Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.
"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.
Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu.
Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.
iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
murahnya kat sana... patut ler depa dok berlumba2 beli.....
Tanpa Nama berkata…
mmembazir je..haha
Tanpa Nama berkata…
mmembazir je..haha
Pha Is berkata…
RM611??? murah giler... smpai kat malaysia dah beriban...
Tanpa Nama berkata…
murahnya harga di sana. kalau di Malaysia. mahal nak pengsan. hukhuk.. sadis betul. kalau ada cukai pun, xkan sampai setengah hari 1 phong tu. :((
Cikrosecute berkata…
i phone tak best sangat...kata memberlah....kikiki