Kali ini filem bertajuk Bait iaitu berkisar di sebuah kawasan pantai Australia yang telah diancam oleh tsunami. Diingatkan ianya 18SX !!!
Jalan cerita ini berlaku di sebuah pasar raya yang telah ditenggelami oleh air setelah tsunami melanda.
Ceritanya simple sangat dimana terdapat 2 kejadian iaitu satu peristiwa di dalam komplek membeli belah yang telah ditenggelami air dan satu lagi di kawasan parking kereta yang juga telah ditenggelami air.
Semasa tsunami melanda ia telah membawa ikan jerung ke kedua-dua kawasan ini.
Dan bermulalah cerita bagaimana mereka hendak menyelamatkan diri mereka.
Ada juga selit kisah cinta terkenang kembali...hehehehhehe.
Ranking aku boleh berikan ialah 4/5 atas dasar kesuspenannya, cerita ini kalau kau bawa girlfriend kau memang best apatah lagi kalau bawa tengok 3D, memang menakjubkan. Memang suspen giler cerita ini kerana tiba-tiba ajer jerung tu lompat, serang dan makan mangsa tanpa beritahu...hahahahaha.
Paling serau ialah adegan manager pasar raya tu kena ngap dengan jerung masa nak panjat salur aircond tu. Dia terperanjat beruk masa nak masuk ke dalam salur aircond terdapat banyak anak ketam yang tetiba meluru keluar. Aku sebagai lelaki macho dan hensem pun terjerit nyaring masa adegan tersebut..kekekekeke.
Adegan di kawasan parking yang paling best aku rasa ialah hero tembak ikan jerung tu di dalam air!! Memang nampak macam best ajer suasana tu..
Sepanjang menonton filem ini kau terasa bosan, cuma mula-mula start cerita tu kau agak bosan ler sebab hero tengah frust sebab girlfriend dia lari dan kawan baikknya mati kena makan jerung. Selepas tsunami baru best...
Sesekali apa salahnya menonton filem bukan futuristik seperti Dredd atau Residen Evil. Bosan juga kalau menonton filem futuristik in iselalu sebab aksinya selalu yang sama dan kadangkala aku lihat pengarah dah habis idea apa nak buat...hehehehhee.
Tontonlah filem sebegini kerana ianya lebih suspen....
Jom ke Panggung..!!!
14 Ulasan
Tag bro Hanif
Jom join: Segmen saya nak hadiah misteri dari si pipi merah
Good Luck
|♌¹³|Raimi Syazwan
Blh layan hari minggu ni
I like English movie,bestt. =)
yg suspen2 aku paling suka ehee~