Terngiang-ngiang dalam kepala aku sampai sekarang apabila akhbar keluarkan fakta wanita Malaysia jatuh nombor 3 atau 36% curang.
Banyak tu!!!!!
Aku rasa kena check data survey dia orang kot. Kalau dia ambil data dari wanita kelas menengah, berkerjaya dan tinggal di bandar.....mungkin aku setuju. Tetapi kena tahu gak bangsa mana yang paling curang kerana negara ni ada pelbagai bangsa.
So aku tak setuju data tu!!!! Tapi aku tak nafikan ada wanita Malaysia ni banyak yang curang. Aku sendiri pernah lihat dengan mata kepala aku.
Kenapa mereka curang, senang sahaja jawapan aku iaitu salah suami. Dalam islam suami dipertanggungjawabkan mendidik isteri mereka. Aku pun seorang suami yang menulis entri ini terpaksa akui realiti ini.
Ni aku cerita melalui persekitaran aku punca isteri jadi curang.
Suami sibuk bekerja.
Suami asik OT ajer siang malam. Kerja dipejabat 12 jam so masa kat umah 4 jam. Itupun waktu malam baru ketemu.
Bila nak bermesra dengan isteri.. So suami tak der umah. ..cari yg lain.
Bebaskan pergaulan isteri.
Memberi kebenaran melulu kepada isteri berjumpa rakan-rakan tak kira siang atau malam.
Kalau isteri balik lewat, percaya bulat-bulat. Boleh jumpa kekasih gelap selalu.
Laman sosial tanpa pemantauan
Langsung tak pantau FB..twitter isteri. Kononnya iaitu hak isteri. Buat apa nak sibuk... So boleh bercinta di talian.
Kurang kemesraan
Lelaki Malaysia ini masa bercinta dan lepas kahwin berbeza. Mungkin sebab kekangan kewangan menguruskan keluarga ia lupa bermadah cinta.
Apatah lagi kalau ada anak...
Pompuan ni sesekali perlu dibelai...jangan sampai lelaki lain belai lak....hehehe.
Ini faktor terbesar pada pendapat saya.
Isteri berkerjaya
Ini susah nak elak. Pergaulan tempat kerja dan kekuatan kewangan isteri membolehkan mereka reka beribu alasan untuk curang.
Suami curang
Suami boleh curang, aku pun boleh curang.
Last2 dua-dua curang...hehehe.
Suami tak beri nafkah zahir dan batin
Ini suami yang tak bertanggungjawab dan tak tahu tugasnya sebagai suami. Ikut kepala dia ajer dan tak peduli pandangan isteri. Isteri boring cari lain.
Inilah sebab2 yang saya rasa kecurangan isteri berlaku. Dan itulah juga sebab2 yang sama suami curang...hehehe. Sama ajer....hahaha.
Pendapat saya kekuatan agama adalah tiang utama mengelakkan perkara sedemikian berlaku.
Suami atau isteri kawallah pasangan anda.
Dalam kes ini, suami fahamilah hak dan batas seorang isteri. Walau pun ini zaman moden...dan kononnya bebaskan pergaulan isteri atas dasar moden, batas agama tetap sama.
Aku kerja dalam persekitaran 90% wanita, bayangkan kalau aku tak dikawal oleh bini aku...pehhhh!!!!!.
Dan atas sebab itu aku beritahu kau orang sebab2 kat atas isteri curang. Banyak sangat dah aku lihat benda2 mcm ni dan perkara atas tu juga sebabnya.
Aku tak pandai tapi berkongsi pengalaman hidup aku.
Tapi statistik 30% tu aku tak percaya..kalau kata 6%...mungkin kot.
Dan aku sentiasa berdoa jauhkanlah musibah ini berlaku pada keluarga aku.
6 Ulasan
Teringat kata-kata seorang teman yg sudah berkahwin lebih 20thn "kahwin bukan untuk bercerai, sikit2 hal jangan la buat kecoh smpai kena berperang" nasihat dia kpd kami2 yg belum berumahtangga ni
macam ni la bro..
umr sy baru 28..
sy kawen br 2 taun...
ank plak br 1 taun stgh..
skng ni mslh rumahtangga n mcm ke arah penceraian...
Bg sy la bro...
Point2 yg bro KETENGAHKAN 10% je sy boleh terima..
SALAH SUAMI tu 90% sy takleh terima...
DAYUS sorang suami kalau tak leh kawal isteri,takleh halang isteri dari buat sesuatu kemungkaran...
BEBERAP HADITH NABI S.A.W TENTANG DAYUS:
"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
KING STILL KING BRO...
Ini ISLAM nye law...
Seorang suami WAJIB mencemburui isteri dan isteri x leh marah bile suami cemburu..
HADIS berkaitan CEMBURU :
Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Kes sy,isteri sy KELUAR BEKERJA TANPA IZIN sy.TANPA MEMBERITAHU MASA MENCARI KERJA SERTA TIDAK MEMINTA IZIN WALAU APE PON BERKAITAN KERJA.
Bg sy,either sy DAYUS atau isteri sy yg NUSYUZ...
TAAT SUAMI :
Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya:
“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)
Dalam riwayat Abu Daud, dari Qais bin Saad:
“Sekiranya dibenarkan aku menyuruh seseorang sujud kepada orang lain aku akan menyuruh para wanita sujud kepada suaminya kerana hak yang Allah berikan kepada suami mereka.”
Dalam riwayat lain: “tidak boleh seorang manusia sujud kepada seorang manusia, kalaulah dibenarkan aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya kerana besar haknya ke atas isterinya.” (Mirqatul Mafatih, 6/378)
Dalam sebuah hadis, Aisyah bertanya Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda: apakah hak yang paling besar ke atas seorang perempuan? Jawab baginda: Hak suaminya. (Al Bazzar, dengan sanad hasan)
jadi setakat POINT2 DUNIAWI yg langsung takleh diterima akal macam bro cerita kat atas mmg sy 100% takleh terima ( kecuali bab cemburu cek akaun fb n twitter tu )
Tapi bab laen macam suami pulang ke rumah lambat,tu tak jadi masalah.
Sedangkan SEORANG ISTERI WAJIB MENUNGGU DI RUMAH TANPA MEMBENARKAN SESIAPA PUN MEMASUKI RUMAH bilamana suami tiada di rumah.
Bg sy,suami yg bodoh yg takde otak je yg akan carik pasal tibe2..nk carik pmpuan laen sume..
TP,ADAKAH MOTIF Seorang LELAKI mengahwini wanita ialah untuk bercerai??
Secara Logik,lelaki menghabiskan duit nk nikah nak bg duet hantaran,watpe nk ceraikan isteri n nk curang tiba2???
Hanye LELAKI BODOH yg TAKDE OTAK,YANG TAKTAU APE MOTIF PERKAHWINAN je akan wat camtu..
Yang x tau erti PERNIKAHAN,erti TAAT,DAYUS,CEMBURU n N U S Y U Z je yg akan berkahwin dengan niat untuk bercerai.