Malindo Airways VS Air Asia

Malindo Airways VS Air Asia

hanifidrus
Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) di Bursa Malaysia terus menjunam buat hari kedua berturut-turut semalam ekoran pengumuman penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baharu, Malindo Airways pada Selasa lalu.

Harga saham syarikat penerbangan tambang murah itu ditutup pada RM2.92 semalam, turun tujuh sen sesaham melibatkan 102.2 juta unit saham bertukar tangan.
Sehari selepas pengumuman pembentukan Malindo Airways, harga saham AirAsia jatuh 17 sen untuk ditutup pada harga RM3.02 dengan melibatkan volum 42.7 juta unit saham.

Kejatuhan harga saham itu telah menyebabkan syarikat yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencatat kerugian sebanyak RM667.1 juta.
Selain itu, nilai pasaran AirAsia juga menurun selepas pengumuman pembentukan syarikat baharu itu iaitu kepada RM8.2 bilion berbanding RM9.1 bilion sehari sebelum pelancaran Malindo Airways.

Menurut penganalisis, penurunan ketara harga saham AirAsia yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2004 merupakan kesan daripada tindakan tergesa-gesa pelabur terhadap hala tuju AirAsia dan kesan negatif yang bakal dihadapi ekoran pembentukan Malindo Airways pada tahun depan.

"Pelabur sangat sensitif terhadap pengumuman-pengumuman baharu yang bakal memberi kesan kepada pasaran... mereka akan hanya memilih syarikat yang memberi keuntungan maksimum daripada pelaburan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Para pemerhati pasaran sebelum ini menyifatkan penubuhan syarikat baharu itu bakal memberi persaingan dan tekanan khususnya buat AirAsia daripada aspek harga dan juga tempahan tempat duduk.

Mereka melihat kejatuhan setiap satu peratus perolehan AirAsia akan menyebabkan pendapatan syarikat jatuh antara tiga hingga empat peratus.
Kejatuhan setiap satu peratus tempahan tempat duduk pula akan mengurangkan keuntungan AirAsia sebanyak 2.8 peratus hingga 4.5 peratus.

Malindo Airways ditubuhkan melalui kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dengan PT Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai 51 peratus dalam kepentingan syarikat itu yang bakal beroperasi bulan Mei tahun depan manakala bakinya oleh PT Lion Grup.

NADI merupakan syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri aeroangkasa dan pertahanan serta memiliki syarikat seperti Airod, Airod Techno Power dan Aerospace Technology Systems Corp.
Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi dengan Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia termasuk ke Thailand, China, India dan Filipina.

Lebih menarik lagi, Malindo Airways dijangka menawarkan kadar tambang yang lebih murah berbanding syarikat pesaing lain.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Bhd., Azrul Azwar Tajuddin berkata, AirAsia menerima tempias yang hebat daripada pembentukan syarikat baharu itu dan ia bakal mengubah skop industri penerbangan tambang murah tempatan.
"Trend penurunan ini boleh kembali meningkat atau merudum semula jika ada berita mengenai Malindo Airways," katanya.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
ada baiknye....mungkin airasia akan menurunkan lg kadar tambang atau lebih mmbuat proomosi..hehhe....tp takut jugak ye nak naik malindo ni....terjaminkah???
Unknown berkata…
lepas nie kita naik malindo airways ler pulak...
silap2 lepas nie mesti remy kena buat menu proposal utk pesawat nie pulak... he3.... tambah ler keje....
Aiisyah Roseskalerful berkata…
dunia perniagaan sentiasa ada persaingan.. ada yg naik ada yg turun.. sebab tu kita kena ada ilmu untuk berniaga
Wawa berkata…
kesian air asia
teratai berkata…
Wah dah ada saingan nampaknya Air Asia ...!
boni kacak berkata…
agak2nya fire fly pun terjejas tak ye??
RaimiSyazwan berkata…
nampak logo mcm kepala singa aje, mati2 ingatkan singapura punya,,
Aimacomel berkata…
Malindo Airways.. kita mau terbang g mana nih?? =)
Ada persaingan la air asia, mesti kena kerja kuat utk maintain balik ni
Tanpa Nama berkata…
Air Asia perlu terus bersaing dgn Malindo Airways....
apapun Wak dah beli tiket Air Asia....nov nanti nak pgi jln brcuti.....heheh...
tirahzairi berkata…
ohh...bru taw...hehe
Unknown berkata…
haha bagus..bagus.. sebelum ni kemain belagak lagi air asis, tiket bagi murah tapi ada amcam-macam cas tambahan.. bila dah ada pesaing cam ni, banyak sikit pilihan pengguna.. yeha.. pasni rega tiket kapal terbang dah sama ngan tiket bas.. huhuhu
QasehnyaRania berkata…
teruskan bersaing..persaingan sihat..hihi

singgah pagi
dya nasir berkata…
lepas ni naik Malindo plak..hihih