Mati akibat suntikan silikon pada kemaluan

Mati akibat suntikan silikon pada kemaluan

Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.
Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.

Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.
Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon.

Pasukan penyiasat percaya Rivera ada melakukan prosedur sama sebelum ini, tetapi tiada saksi baharu yang tampil. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM230,294). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun.

Catat Ulasan

6 Ulasan

shahdiana berkata…
cukup lah dengan apa yang ada...tak payah la nak suntik benda yang bukan -bukan....ayoyo.....
Unknown berkata…
Ape la..kang dah mati.tak boleh gn langsung dh

Terjah sini ==>> Adat Vs Agama
dariilhamkehati berkata…
haiyo , lelaki pown aktif nk besar2 nih
Cik Bayan berkata…
jangan buat benda2 tiruan ni,
padahnya lebih banyak dari faedahnya...tak caya test la, haha
boni kacak berkata…
negara barat ni memang jenis tak bersyukur. sebab tu dalam filem2 tak senonoh, barang dorang besar2.. tu bukan original spicy, tapi semuanya bikin. jadi, kt kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ni.. kaum wanita juga janganlah terpedaya dengan orang2 barat yang kononnya gah tu.. terimalah seadanya.. betul tak bro?hehe
Tanpa Nama berkata…
bersyukurlah dengan apa yang ada. kekal sampai ke anak cucu juga.