Nasib Pemuda Diikat Datuknya

Nasib Pemuda Diikat Datuknya

hanifidrus
Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual.
Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.
“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.
“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.
“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.
Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang

Catat Ulasan

12 Ulasan

Asmar Arafad berkata…
Kesian nasib dia, bebudak lain smua bersekolah
Cikgu Ma berkata…
x dapat bantuan ke?sian...kita yg ada ni kena bersyukur kan...
Adam Haiqal berkata…
ya ALLAH..
kesian dan sedih baca kisah ni..
nursuriani berkata…
kesiannyaaaa. hurmmm...btw!
i ada sesuatu kat u di sini

http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/2012/09/aku-jumpak-ramai-kawan-baru-kat-blog.html
hehehehe
LiNda berkata…
sedihnye...semoga mereka dpt yg terbaik satu ari nanti. kat negara china kalo byk sgt kemiskinan..:)
Unknown berkata…
sian nya.... simpati sesangat!
inche hlovate berkata…
kesian betl..kita yg kat sini kena la byk besyukur kan..alhamdulillah
amranaiman berkata…
bersyukur duduk di Malaysia :)
Aimacomel berkata…
kesian dia. dh jatuh ditimpa tangga
Cikrosecute berkata…
kesiannya...nasib baik ada datuk yg sanggup nak jaga jiang....