Pelajar tidak dibenar ambil UPSR

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR

Kerana nak jaga imej sekolah ada jug aguru-guru yang berbuat demkian. Aku rasa macam tak betul ajer. Takkan cikgu zaman sekarang ini berani buat macam ini. Tak pasal-pasal kena gantung kerja.
Kan sekarang ada kempen Cikgu kena Sayang Murid..hehehhhee
Ini pendapat aku ler..
Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.

Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.

"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.

Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
ada gak terjadi yek tahun ni..ingatkan xde dah kejadian camtu thn ni......x berbaloi menggadai karier semata-mata nk prestasi seklah baik.....pkirkanlah..
Unknown berkata…
ada jugak eyh cikgu cam tuu...haish
OKje berkata…
Tak adil lah cam tu....kesiannya..
Ada cite disebaliknya tak?
Reena Sidek berkata…
sikap yg tak patut ada pada pendidik...
tak suka...
Mummy MM berkata…
Ada lagi kes mcm nie. Sya ingat dh selesai and amik ikhtibar kes kt bintangor tu.. huhu
Aimacomel berkata…
tak boleh la buat camtu kan. sekolah tu wajib tp bila time periksa tak bagi masuk amik exam pulak dh.. alasan yg tak logik langsung. kalau camtu masa nak masuk sekolah dulu jgn bagi daftar la kan
~sedikit emosi pulak dh =)
Unknown berkata…
ada jugak kes mcm nie... bukan tanggung jawab guru tu utk mendidik?...kenapa perlu ada pilih kasih.....kasihan kat budak tu kalau terpinggir...
RaimiSyazwan berkata…
Adeh, ada lg kes mcm ni utk upsr 2012. Hairan betul, mcmmana guru besar sbg ketua sekolah blh buat keputusan mcm tu
Cikrosecute berkata…
Sekarang nie...semua pelik...tak macam Guru Besar dulu2..Guru besar dulu2 walaupun gaji kecik tapi ikhlas mendidik...anak bangsa...