Pikul meja ke sekolah di China

Pikul meja ke sekolah di China

hanifidrus
Inilah sistem Ekonomi China yang melahirkan jurang yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Dan nilai kemanusiaan pun aku lihat semakin merosot di negara tersebut.
Dan yang paling sedih ialah pembelajaran kanak-kanak pun dibeza-bezakan...huhuhuu.
Kita bersyukur negara kita tidak sedemikian. Tapi masih ada juga yang tak puas hati..
Jom baca kat bawah ini

Perbezaannya ketara sekali. Terdapat penduduk China membina kekayaan yang sukar digambarkan dipaparkan dalam berita setiap hari.
Sementara itu, terdapat golongan papa kedana yang tiada kemudahan asas serta terpisah jauh daripada lampu bergemerlapan di Beijing mahupun Shanghai. Di kawasan miskin di Macheng, bandar raya di wilayah Hubei di timur laut China, kelas di dalam sekolah rendah tidak mempunyai meja. Kanak-kanak terpaksa membawa perabot mereka sendiri ke sekolah, lapor akhbar China Daily. Changjiang Times pula melaporkan lebih 3,000 murid sekolah rendah di Shunhe, kawasan perbandaran di bandar raya itu terpaksa membawa meja dan kerusi dari kediaman mereka ke sekolah dengan bantuan ibu bapa ekoran kekurangan perabot.
Akhbar itu turut melaporkan kisah Wang Ziyi, kanak-kanak berusia lima tahun yang membawa meja berusia 24 tahun ke sekolah. Datuknya memberitahu akhbar terbabit, meja berkenaan telah digunakan oleh bapa, bapa saudara dan ibu saudara kanak-kanak itu. Selepas kisah itu tersiar, pegawai pendidikan di kawasan berkenaan diminta untuk menggunakan wang mereka sendiri bagi menyediakan meja dan kerusi di sekolah itu.
Pegawai terbabit berjaya memperoleh wang secukupnya untuk membeli 100 meja dan kerusi, menurut pegawai publisiti bandar raya itu, Ruan Jing.

Jom Join Hanif Idrus Segmen Terjah!!!
Kini penyertaan 83 orang!!


Catat Ulasan

12 Ulasan

SURIA AMANDA berkata…
Anak2 kita patut bersyukur...mereka x payah susah mcm diorang..kan?
Tanpa Nama berkata…
sian sampai mcm tu sekali yek!
Unknown berkata…
Gila la..turun temurun tu..dh macam saka la plak
Gangnam Style:Fenomena Baru Dunia
boni kacak berkata…
kesiannya dorang... :(
MalizaMah berkata…
lihat mereka mahu menuntut ilmu... kita harus bersyukur dgn kemudahan yang diberi.
shahdiana berkata…
itulah kita sekarang ni hidup patut dah lebih daripada syukur...ini tak...ramai yang tak reti nak bersyukur...
Unknown berkata…
Sampai macam tu sekali ek... Semangat btul dia
Nick Nashram berkata…
diorang siap bawak meja kerusi lagi pegi sekolah..pelajar kita pulak siap ade pecah meja kerusi lagi..
Shaiful Zaidi berkata…
McM ni pun Ada Ka???
Unknown berkata…
bersemangat mereka utk menimba ilmu.... sedangkan kita kat sini... segala kemudahan dah disediakan...tapi masih yg malas nak pi sekolah.....
Azlan Strider berkata…
betul tu..sib baik kat sini tak macam kat sana..maybe sebab negara mereka terlampau besar tambahan dengan populari penduduk yang ramai jadi susah bagi gov mereka untuk bersikap adil terhadap rakyat mereka..hehe

Regards,
-Strider-
Aimacomel berkata…
besarnya rintangan nk belajar eh,