Tempoh hari ada membaca surat khabar berkenaan seorang ayah memohon maaf kepada PM Malaysia atas perilaku anaknya yang menunjukkan punggung ke poster wajah PM kita.
Dan dengar khabar melalui runner-runner aku , budak tu kini telah ditendang keluar dari kolejnya atas alasan memalukan pihak Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatic.
Pemuda tersebut adalah pelajar semester ketiga jurusan Diploma Kreatif Multimedia.
Perilaku sedemikian berlaku semasa perhimpunan di Himpunan Janji Demokrasi,
Dan satu lagi peristiwa seorang pemuda Melayu yang kencing ke atas gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu tindakan bekas veteran askar yang melakukan aksi senaman punggung di depan rumah Ambiga sebagai membantah tindakannya menganjurkan Himpunan Bersih jug menimbulkan kekecohan seketika dulu.
Kesemuanya adalah bangsa Melayu yang terkenal dengan keadaban akhlak yang mulia suatu ketika dulu. Tapi kini apabila politik menjadi sandaran, segala kesopanan dan kesusilaan hilang bagaikan angin. Emosi menghantui diri apabila terlalu ghairah mengagungkan pemimpin-pemimpin manusia ini.
Inikah yang kita mahukan dari anak bangsa kita.
Ini sikap seorang anak yang menconteng arang di muka ibu bapa mereka. Setiap laku seorang anak pasti memberi tempias pada ibu bapa mereka kan.
Jangan terlalu ikutkan hati muda anda...be cool....
12 Ulasan
sharing is caring
http://funnyzoneads.blogspot.com/2012/09/pencarian-penaja-contest.html
pencarian penaja contest http://surfexchangeclicks.com
Fakta Kelakar tapi Benar