Pura-pura mati untuk uji kekasih

Pura-pura mati untuk uji kekasih

hanifidrus
Kerja gila!!! pura-pura nak tahu samada makwe kau cintai kau atau tidak!!!hehehehehe.
Nasib baik makwe dia tak sakit jantung atau dia guna ayat Titanic " You jump, I jump" Bunuh diri sebab pakwe dia mati.
Atau minum racun macam kes member aku si Romeo And Juliet tu...
Yalah!! Mat Salleh ini kurang agama, frust ajer bnuh diri..ahaks.
Jom baca cerita cinta indah atau gila...
Hari ini tak der entri nak tulis. Rehat badan banyak kerja....hehehehe

Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.
Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.
Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.
Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.
“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.
Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.

Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.
“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian

Catat Ulasan

15 Ulasan

Kak Bunga berkata…
adoiyai...kalau sy...memang sy sekeh2 je...hehe
zaxx berkata…
wah,,smpai macm ni skali..hhuuu kalau zaxx dh kecut perut dh..:)
OKje berkata…
He...he... kalau kat M'sia..... nak mengupah jurusolek artis lagi, pengarah filem lagi.... banyak duit nak guna tu.... baik tak yah....he...he...

Senang cite... cinta je la seadanya...... he...he....
RaimiSyazwan berkata…
Boleh tahan yer cara diaorang nak uji kekasih. Kalau aku try cara ni, agak2nya kena penampau tak dgn kekasih aku nanti..
beat berkata…
kalau la mati betol kan...
Unknown berkata…
hahahaha
sweet jugak!
MalizaMah berkata…
macam ni pun boleh erk... hiiiii.....
kalau leeza pompuan tu... mmg lah sedih tgk pak we mati dpn mata....
Unknown berkata…
Alahai nak kata giler,tapi nampak cam best je.harapnya perkahwinan mereka kekal la sampai bila2.
Asmar Arafad berkata…
Nak uji cinta sejati ler tu, jgn jadi romeo & juliet sudah
Cikrosecute berkata…
macam2lah diaorang nie..
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum..

Anda telah ditag oleh follower dalam segmen MYideakini..Cepat! ajak kengkawan cukupkan 100 orang untuk MYideakini umumkan kelayakan hadiah penghargaan.. :-)

www.myideakini.com
THE AUTHOR berkata…
AK upun rasa memang sweet..tapi takutlah nak cuba...
Tanpa Nama berkata…
mcm2lah manusia ni
vendoline berkata…
jgn mati terus sudah.haha
syafiqa berkata…
pergh. tak menahan. siap berupah-upah