7.43 juta kenderaan Toyota bermasalah

7.43 juta kenderaan Toyota bermasalah

Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corporation memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia ekoran masalah suis tingkap kuasa.
Syarikat itu membuat pengumuman semalam dan ia melibatkan banyak model keluaran tahun 2005 hingga 2010.
Menurut Toyota, suis tingkap kuasa di tempat pemandu dikatakan tidak diletakkan dengan minyak gris sewaktu proses pengeluaran sekali gus boleh mengakibatkan geseran dan kadangkala menghasilkan asap.
Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini ekoran masalah itu.
Bagaimanapun, jurucakap Toyota, Joichi Tachikawa berkata, terdapat 200 laporan di AS dan 39 di Jepun berhubung masalah itu.
Model-model lain yang dipanggil balik dari pasaran Amerika Utara ialah Yaris, Corolla, Matrix, Camry, RAV4, Highlander, Tundra dan Sequoia.
Model-model Scion seperti xB and xD yang melibatkan 2.47 juta unit kenderaan turut terlibat dengan masalah tersebut.
Sebanyak 460,000 kenderaan Toyota menjalani proses yang sama di Jepun melibatkan model Vitz, Belta, Ractis, Ist, Auris dan Corolla Lumion.
Sementara itu di Eropah, sebanyak 1.39 juta unit model seperti Yaris, Corolla, Auris, Camry dan Rav-4 turut menghadapi masalah yang sama.
Proses pemanggilan semula juga berlaku di Australia, China, Asia dan Asia Barat

Catat Ulasan

5 Ulasan

H A N berkata…
Rasanya dah kali ke berapa Toyota recall kereta2 dia.Kalau sekali dua tak kisah sangat,tapi kalau sampai banyak2 kali,macam pelik pulak.

Memanglah bila dia recall balik tu menunjukkan komitmen utk bagi servis yg t;baik utk customers tapi kalau selalu2 sangat,nanti org dapat impression yg pekerja2 kat kilang tak mahir...hmm

wallahualam...
Unknown berkata…
bgs ye toyota..power window je pun dorg panggil blk...proton power window slalu rosak..tak panggil pun..huuhuhu
Unknown berkata…
bagus toyota nie...sedar kesalahan sendiri....
Aimacomel berkata…
erk, terasa pulak kita tau. Tapi yg recall ni UMW Toyota Motor M'sia rasanya tak terlibat. sbb saya sendiri xtahu pun berkenaan hal ni. so far memang la banyak kes pasal toyota kt seluruh dunia sbb toyota jenama terkenal & byk pengguna, tp kat malaysia sgt kurang berbanding luar. Apa-apa pun, toyota tetap terbaik =)
Mrs Velentine berkata…
sya pakai viva jer