Aishwarya Rai Dah Kurus

Aishwarya Rai Dah Kurus

hanifidrus
Kurus
Betul kata bini aku, dulu semua kecoh kata Ash dah gemuk. Tapi bini aku kata, setakat Ash tu nak kurus sekejap ajer. Dia model dah tahu macam mana nak displinkan diri nak kurus.
Tapi aku dah dekat 30 tahun pun diet-diet tak kurus-kurus..huhuhuhuh

Pelakon Bollywood terkenal, Aishwarya Rai kelihatan langsing ketika dia menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-180 jam tangan jenama Longines di sini semalam.

Dia yang juga duta produk tersebut membuat penampilan dengan mengenakan gaun hitam Dolce & Gabbana selain menyarung jaket pendek yang menampakkan potongan badannya yang baharu.
Sebelum ini, pelakon jelita itu pernah menjadi perhatian umum apabila dia mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak perempuan sulungnya, Aaradhya yang berusia 11 bulan.

"Perkara itu (berat badan) tidak pernah menjadi isu kepada saya. Jika berat badan saya menjadi isu, saya akan menyamar," katanya yang dipetik portal berita NDTV.com.
Pada 25 Mei lalu, tubuhnya kelihatan gemuk ketika dia menghadiri Festival Filem Cannes di Cannes, Perancis.


hanifidrus
Gemuk
Rai, 38, mengakui dia teruja dengan kehidupannya sebagai seorang ibu.
"Saya berasa bertuah kerana dapat meluangkan banyak masa untuk menguruskan anak," katanya.
Rai turut menjelaskan, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan anaknya itu daripada pihak media.

"Apabila anak bersama saya, saya akan bertindak mengikut naluri keibuan. Jika anak saya membuka mata atau terkejut, saya akan cuba melindungi dia. Ia tidak bermaksud saya mahu menjauhkannya (daripada mendapat liputan media)," ujarnya yang pernah mendapat gelaran wanita tercantik di dunia.
Rai berkata, dia turut mendapat beberapa tawaran untuk berlakon.
Bagaimanapun, dia masih meneliti skrip filem yang ditawarkan kepadanya.
Rai berkahwin dengan aktor Abhishek Bachchan.

Catat Ulasan

23 Ulasan

wantie berkata…
hmmm... dah selim melim. tahniah sebab dah berjaya slim...

tapi kan, masa dia gemuk tu pun lawa gak.
Unknown berkata…
perempuan lepas brsalin mmg la berat bada naik dan sebab tu jgak model2 skg nie tak nk kawin sbb takut hilang job lepas bersalin
Tanpa Nama berkata…
bila la sy nk kurus mcm dia ^^..
Unknown berkata…
samo la dgn den, sampai skrg nak diet tapi tak berjaya...huhu
OKje berkata…
Nep kalau nak kurus sangat.... gi je slim world..... terus jadi macam nabil... he..he..
lepakk.com berkata…
Oh dia ni da kawen ke..xpenah amik tau hal artis huhu
Tanpa Nama berkata…
'Rai berkahwin dengan aktor Abhishek Bachchan pada 200'

apa tu..
MalizaMah berkata…
Cantik maintain!
Tanpa Nama berkata…
hebat nyer....
Unknown berkata…
wahhh...da kurus..cik siti ja yg tak kurus lg.huhu
boni kacak berkata…
senang betul dia ni nak kurus.....jeles betul..hahaha
Unknown berkata…
good news la dia dh slim :D suak2. hik.. boleh berlakon nanti, kalo dia nak.
Unknown berkata…
dia memang cantik.
gemuk ke kurus ke cantik jugak. hehe~~

takut gemuk? napa la takut sangat~~
miss kecoh berkata…
ooi prasan la plak abg idrus ni.. bini dia plak haha.. gemok atau slim x jd masalah.. asal bahagia suda
Diary Naya berkata…
kunjungan perdana.. salam..
Unknown berkata…
ada duit banyak...semuanya takde hal.......byk yg membantu...tapi body dia dah mcm anak dara balik......
Unknown berkata…
dia dah kurus le banyak tajaan ,.... kita ni entah le kan... :p
Cikrosecute berkata…
dah slim kakakku...nie jeles nie kikiki
Daus Redscarz berkata…
lor.. bukan dia mmg selim ker?
Mrs Velentine berkata…
setuju dgn wife abg
Unknown berkata…
artis pandai nak disiplin kan diri...jika ada usaha pasti berjaya...
Misya berkata…
Salam.. Wow very nice blog here.=) Minat jadi model? http://www.aimisyahirah.com/2012/10/perhatian-untuk-talent-model-di-luar.html
amranaiman berkata…
pergh kjap gile kurus.. aritu kn .. eh ye ke nni..