Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam mendedahkan bilangan pelajar asing di universiti di republik itu semakin menurun.
Mereka kini hanya mencatatkan sebanyak 16 peratus berbanding 18 peratus tahun lalu, penurunan sejajar dengan janji kerajaan untuk mengurangkan populasi pelajar asing kepada 15 peratus menjelang 2015. Lee yang dalam lawatan lima hari ke Australia membuat pendedahan itu kepada ahli perniagaan di Sydney ketika ditanya sama ada Singapura mensasarkan untuk menjadi hab pelajar luar negara.
Sementara Singapura mahu menjadi pusat pengajian peringkat tinggi untuk menarik pelajar asing yang pintar, ia juga ingin memastikan universitinya kekal khusus untuk rakyat Singapura. “Kami mahu Singapura menjadi pusat utama di mana terdapat banyak institusi pendidikan cemerlang seperti Boston atau mungkin Sydney,” katanya.
4 Ulasan
Me? tak mau! =) hehe