Mungkin perkara biasa jika wanita dipilih menjadi duta jenama minyak wangi yang sememangnya dikhususkan untuk kaum hawa.
Nama-nama seperti Audrey Tatou, Nicole Kidman dan Catherine Deneuve misalnya, tidak asing lagi sebagai wajah jenama wangian wanita terkenal, Chanel No 5.
Namun, buat pertama kalinya dalam sejarah, minyak wangi paling laris di dunia itu memilih seorang lelaki sebagai ikon kempen terbaru mereka.
Lelaki bertuah itu tidak lain tidak bukan, aktor kacak, Brad Pitt yang telah membuatkan hati wanita seluruh dunia cair melihat ketampanannya.
Tidak dapat dinafikan, di usia 48 tahun, pelakon kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat ini masih mampu mengekalkan karismanya di kelas tersendiri.
Meskipun agak janggal seorang lelaki mempromosikan minyak wangi wanita, pemilihan Pitt dilihat amat istimewa kerana memiliki ciri yang hampir sama dengan Chanel No 5.
“Tiada pelakon hebat seperti Brad Pitt, di mana bakat, populariti dan wajahnya adalah lagenda.
"Begitu juga dengan minyak wangi Chanel No 5 yang dicipta oleh Ernest Beaux sejak 1921, kekal menjadi pilihan wanita hinga kini,” kata jurucakap jenama itu.
Sementara itu, Pitt menyifatkan kerjasamanya dengan minyak wangi itu sebagai satu revolusi.
“Chanel No 5 selalu menjadi minyak wangi kesukaan wanita. Saya tertarik membintanginya kerana ia melebihi emosi atau kecantikan untuk membangkitkan jiwa wanita,” kata tunang kepada aktres berbibir seksi, Angelina Jolie ini.
Pitt menerima bayaran RM21 juta untuk terlibat dalam kempen Chanel No 5 termasuklah membintangi sebuah iklan komersial.
7 Ulasan
Dah rezeki dia bro...