Buta ICT mudah ditipu anak

Buta ICT mudah ditipu anak

“Macam mana hendak tahu pergerakan anak jika ibu bapa mendidik anak menggunakan kaedah tradisional sedangkan zaman sudah moden,” kata Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din.

 Menurutnya, kejahilan segelintir ibu bapa dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini seperti facebook, twitter dan blog menyebabkan mereka mudah diperdaya anak yang terbabit aktiviti tidak bermoral. Katanya, Rasulullah sendiri menasihati setiap Muslim supaya mendidik anak-anak mereka sama seperti di zamannya. “

Remaja zaman ini terdedah begitu banyak kemudahan di alam maya dan keadaan bertambah buruk apabila ibu bapa pula buta ICT menyebabkan mereka mudah ditipu. “Cuba kalau mereka bijak menggunakan Internet, sudah tentu mudah untuk memantau pergerakan anak atau tembelang anak akan dapat dihidu dengan cepat seterusnya menyelamatkan mereka terbabit kancah kejahatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam bertajuk ‘Pandu Angkut’ yang mendedahkan taktik terbaru ‘orang jual orang’ menggunakan sistem ala pandu lalu kepada lelaki hidung belang. Urus niaga untuk memilih teman pengiring itu dijalankan di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu dalam kereta sebelum anak gadis dari flat berhampiran dibawa untuk dipilih.

Catat Ulasan

6 Ulasan

KamilSalleh berkata…
Zaman sekarang IT adalah penting,
Semua orang perlu mengetahuinya,
Keadaan anak perlu dibimbing,
Supaya tidak menjadi masalah dikemudian harinya.

Pantau gerak-geri anak supaya tidak melencong arah yg patut mereka tujui.
Anisa Anuar berkata…
betul la...tu yg skng ni, parents pun kena sama2 terer bab2 ICT
Unknown berkata…
benar bro.....
tak tahu byk...tahu sikit pun jadilah.... tetutama sosial network tu...... leh pantai xtvt anak2....
yayahnasake berkata…
wajah blog abang hanif yang terbaru ini sangat cantik dan mendamaikan. sejuk mata memandang dan membaca blog ini :)
Cikrosecute berkata…
nasib baik cr tak buta it sangat kikiki