Salam Satu Blogger. Aku tengah kusut apa nak cerita nak buat terutama semalam dah terbang RM 200 pasal repair kereta budak yang langgar aku ini. Aku ada cerita dalam entri ini
Mood aku macam dah hilang macam duit aku yang hilang tu...hihihihi
Dan tetiba Nuffnang nak kasi CPUV lak....rezeki!! Syukur Alhamdulilah!!!
Akhirnya dapat juga CPUV dari Nuffnang yang semenjak-menjak ini macam susah ajer nak kasi kat aku. Tak sempat buat surat rayuan tetiba Nuffnang kasi CPUV...hehehehehe.
Kali ini dari Astro, aku rasa kalau kau orang ada Astro pasti dah tahu.
Astro memperkenalkan pula satu lagi perkhidmatan canggih, Astro On The Go iaitu pelanggan boleh mengakses saluran TV Astro pada bila-bila masa saja menerusi alat peranti mudah alih, aplikasi komputer riba serta iPad.
Bayangkan, kalau sedang khusyuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di ruang tamu di rumah anda dan tiba-tiba menerima panggilan untuk pergi segera ke pejabat, perlawanan itu masih mampu ditonton sepanjang perjalanan ke pejabat ketika dalam kenderaan dengan menggunakan peranti mudah alih anda.
Walau apapun aku ucapkan pada Astro dan Nuffnang kasi CPUV ini kat aku.
Kalau ada lagi kasi kat aku yek..hahahhaha.
13 Ulasan
Jom Kenali Nafsu Kita : 7 turutan nafsu manusia yang perlu dipelajari
tak ada astro kat rumah...
cubit astro sikit... :)
Tiket dari Nuffnang
Regards,
-Strider-