Salam Satu Blogger pada semua. Hari ini sudah tentu Monday Blues untuk semua yang berkerja terutama setelah sibuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Sempena Cuti Hari Raya Aidiladha ini dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, aku rasa tahun ini memang hari tersebut adalah yang paling malas dalam hidupku.
Aku tak buat apa-apa pun. Apa aku buat selama3 hari ini.
Menonton Fiem Bersiri Saw 1 - 7
Aku ulang tayang menonton filem Saw 1 - 7 yang adik ipar aku berikan. Dan telah habis aku tonton kesemuanya semalam. Setelah tonton filem ini baru aku tahu kesinambungan filem ini dari John Kramer hingga ke anak muridnya.
Memang ganas cerita ini sebab tu aku tonton di rumah mak aku ajer tanpa anak-anak aku..heheheh Aman dunia.....
Kopi Kluang Station
Disebabkan sendi badan-badan aku naik sakit akibat meonton filem Saw ini, aku ajak orang tua aku pekena kopi Kluang Station yang terkenal. Kluang Station kopi dia memang khau!!!Pekena dengan roti bakar disalut keju huh!!!memang terangkat.
Tapi membayar pun terangkat juga ler...Dua kopi dan dua roti bakar aku kena RM17.90..
Sempat juga teman orang tua aku beli kismis, sebab dia kata memori dia low..hehehehhe
Tapi tersalah beli kismis, beli kismis besar-besar punya..hahahahha.
Telan ler 21 bikin kismis tu ....setiap hari... Aku cakap kat orang tua, beli ler kismis dah siap baca doa penerang hati tu. Well...orang tua kan degil...hehehehe
Kenduri Tahlil
Semalam mak mentua aku buat kenduri tahlil sebab lambakan daging korban yang disedekahkan rakan taulan. Ini pun secara mengejut mak mentua aku buat.
Schedule pukul 12.00pm tapi aku datang pukul 11.30am..memang malas menantu kesayangan yang sorang ini....
Aku tolong apa-apa yang patut dan lepas tu aku bantai tidur....hehehehehe.
Bertuah dapat menantu macam ini...hahahahahha.
Lain-lain:
a) Aku potong rambut ngan anak jantan aku. Aku kasi tapak no 2, lepas potong aku tengok muka lagi nakal...
b) Menghadiri aktiviti korban, tu pun tukang tengok ajer. Janji datang..hahahaha.
Anda semua rakan blogger buat apa sempena cuti Hari Raya Aidiladha ini..
14 Ulasan
sy tgk tv aja!
So tengok balik cerita Adam & Hawa..
husna pon x buat apa jugak..org je mai raya rumah..=)