Dibuang Sekolah Kerana Dirogol

Dibuang Sekolah Kerana Dirogol

Sebuah sekolah di sini membuang pelajar perempuan berusia 14 tahun kerana “mencemar” nama baik institusi itu selepas dia dirogol oleh sindiket pelacuran, kata aktivis, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, sebuah sekolah swasta di luar Jakarta itu bertindak membuang remaja itu dari sekolah ketika satu majlis yang dihadiri oleh pelajar sekolah itu, kelmarin. “Seorang guru memberitahu pelajar itu dia telah mencemarkan imej sekolah,” kata Arist. Pihak sekolah memburukkan lagi trauma pelajar perempuan itu dengan memalukannya di hadapan beratus-ratus pelajar lain di sekolah itu, katanya.

Arist berkata, suruhanjaya telah menghantar surat kepada pengurusan sekolah itu memprotes tindakan mereka dan akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran agar menilai kembali lesen sekolah itu. “Remaja itu adalah mangsa sindiket memperdaya kanak-kanak. Pihak sekolah sepatutnya membantu dia menghadapi traumanya,” katanya.

Arist berkata, remaja perempuan itu dihubungi melalui laman Facebook oleh seorang anggota sindiket yang menahannya selama seminggu, bulan lalu. Katanya, pihak sekolah gagal memastikan hak kanak-kanak mendapatkan pelajaran

Catat Ulasan

12 Ulasan

Unknown berkata…
salah konsep betul sekolah tu.patutnye di bantu pelajar tu.ni dah la buang dia dari sekolah,memalukan dia lagi.hmmmm.
cheryna zamrinor berkata…
dahlah kena rogol, kena buang sekolah. masa depan budak tu macam mana?
LiNda berkata…
kesiannya, dah la kene rogol dah tu kene buang sekolah pulak. Tak patut...
Aieda Adnan berkata…
camni pon ade..aduhai
Ikhwan Suhaimi berkata…
mungkin pihak sekolah tu xpaham dirogol or melacur... Oh my ape punye sekolah la
wantie berkata…
kecam habis habisan tindakan cikgu tu dan sekolah tu sekali.
OKje berkata…
Mangsa keadaan...sian..
Unknown berkata…
kasian banget tuh anak, udah diperkosa eh malah dikeluarin juga dari sekolah, nasib-nasib
Unknown berkata…
kasihan kat pelajar tu kerana menjadi mangsa.... patutnya kita bantu dia....
Cendol berkata…
gila sungguh takde hati perut!!ape punye pihak sekolah tah.haishh