Digital Camera Magazine Untuk DLSR

Digital Camera Magazine Untuk DLSR

Salam satu blogger, hari ini nak cerita tentang kamera pula.Bukan compact kamera tapi DLSR kamera…kekekekekeke.
Ini hobi aku yang paling aku minat. Mula-mula beli kamera DLSR ini memang kekok sangat, asyik pusing pada Auto ajer sampai member kutuk, kalau nak pakai Auto setting baik pakai compact kamera!!!

Panas telinga aku so aku pun beli buku bulanan DLSR yang aku nak kongsi dengan rakan-rakan blogger yg ingin berjinak dengan dunia DLSR ni.
Digital Camera Magazine kegemaran aku yg pastinya aku beli setiap bulan dengan harga RM9. Aku belajar setting kamera dari teknik aperture, shutter speed dan ISO semua dari buku ni. Malah bagaimana nak ambil gambar2 landskap, potrait dan mcm2 boleh diperolehi dari buku ini.

Harga yg murah tapi berbaloi. Mana nak beli, biasanya aku beli kat kedai buku Popular.

Selain itu kena join group fotografi yg aktif. Tapi satu ajer masalahnya, kalau aktiviti yg biasa mereka buat ialah ambil gambar model. Tak habis-habis gambar model. Aku memang dah tak der mood asik amik gambar model. Tak kena dengan jiwa aku...
Memanglah model ini buat apa yang kau suruh tapi aku tak suka ler. Lagi pun kalau aku amik gambar model, bukan boleh tunjuk kat bini. Sebab model tu lagi lawa dari bini aku.....kikikiki.

Sekarang ni smbil gambar abstrak, gambar pokok, gambar kerusi, gambar pagar......hihihihi.
Kesimpulannya kalau beli DLSR ini mesti ada ilmu kerana teknologinya sentiasa berubah. Bukan senang bro.....semua boleh beli tapi kemahiran yg membezakan kita.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Aimacomel berkata…
abg hanif!!! kita sudi nak jadi model utk dslr abg tu =) hehehe..
memang syiok pakai dslr ni.. saya pun baru je belajar pakai,
Unknown berkata…
tahu tentang nuffnang tak ?singgah sini kejap.
http://mangatbermaindota.blogspot.com/2012/10/tidak-tahu-guna-nuffnang.html

ps: harap maaf keluar dari ajuk. hee
Unknown berkata…
byk yg kena belajar kalau guna DLSR nie..... remy tak mampu... beli yg kechik aje la.... he3
THE AUTHOR berkata…
Hihihhi..kerkecik-kecik dahulu.....kemudian berbesar2
Misterie87 berkata…
Wah untunglah ado DSLR. Ni pon tengah cari bajet nak beli 1. abe Hanif guna DSLR apa erk?