Salam satu blogger. Hari ini aku nak cerita tentang kemalasan diri aku ini. dan entri kesedaran diri..kikikiki.
Dalam dunia blogging ini kalau kau orang tanya aku sedikit sebanyak tentang syarat-syarat menjadi blogger dari segi entri, layout , backlink, internal link, broken link, external link, do follow, no follow, meta, alternative image, heading tag, loading time, google bot, ping itu ini, keyword ..hehehehe...aku boleh ler jawab sikit-sikit.
Itu pun kerana ramai rakan-rakan blogger yang tolong dan ajar aku masa mula-mula berblogging.
Tapi aku buat tak apa yang aku cakap, 90% aku tak buat!! Sebabnya aku ada satu penyakit serius yang dipanggil malas dan eksyen kot..hahahaha.
Buat entri pun nak secepat yang mungkin hingga kerap ada kesalahan bahasa. Dan kalau letak gambar malas nak edit nak dapatkan saiz yang kecil iaitu bawah 5KB. Selalunya kalau 15Kb aku dah masukkan...Padahal aku tahu ia akan melembabkan loading time aku....kekekekeke.
Manakala dari segi header lak, nak tak nak ajer aku buat yek. Kalau kat sidebar tu aku buat border sikit pun lawa gak..hhihihihi. Komen post kalau aku buat scroll lagi senang supaya tak makan space..
Cuma satu ajer aku takut nak cuba edit templates HTML aku..pernah
berlaku peristiwa yang mengerikan kat blog aku dulu...hahahhaha.
Lepas tu bercerita tentang pagerank, tarik pembaca dan kenapa traffic tak mencecah belasan ribu sehari..
Kenapa RM aku ciput ajer . Itulah manusia buat kerja tak habis tapi nak macam-macam..
Mempunyai cita-cita tentang mencari ilmu blogging dan bercita-cita boost up blog tapi tak aplikasikan pada ilmu tu sendiri.
Mana teruk , Kau ada ilmu tapi tak pakai ...atau Kau tak ada ilmu, malas nak belajar tapi pada masa yang sama nakkan sesuatu?
Tujuan aku buat entri adalah untuk jelaskan pada semua,menjadi blogger yang sejati banyak pengorbanannya. Tapi jika kau hendakkan sesuatu, pasti ada sedikit pengorbanan yang anda perlu lakukan.
Cuba tanya Ariff Syah, Denaihati atau Ben Ashaari berapa masa yang mereka gunakan untuk mencapai tahap mereka sekarang ini.
Kalau kau belajar kau Universiti pun kalau nak result baik kau kena lagi kuat belajarkan ? Sama seperti blogging.
Inilah entri kesedaran diri untuk aku..hahahhahaha.
Tak lama Google nak updated pagerank ( aku dapat feeling ini), aku kena berubah ini...huh!! huh!!
Malas lah....
19 Ulasan
"jangan berblogging nak cari duit dan rank. kelak padah menanti diri"
hahaha
dapat ciput pun tak pe. janji masa akak dengan anak anak kat rumah digunakan sepenuhnya. tak de lah ngadap pc je kan. sian dorang.
akak berblog pun bukan nak kejar $$ semata mata. lain orang lain la pandangan nye. setakat ni rezeki dari sumber lain pun sebahagiannya cukup. cukup lagilah nak bersedekah.
i link nya..=)
http://wanaowen.blogspot.com/2012/10/aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html
harus berkorban untuk merasai kesenangan.. ^_^