
Ceritanya begini,
Semalam semasa aku balik kerja, aku gostan ler kereta aku. Masa gostan tetiba aku terdengar macam kena langgar. Dalam hati aku ..dah tahu dah kena sodok ini.
Aku pun keluar tengok kereta aku, ada scrathes sikit ler tapi minah yang bawa kereta tu lampu depan sebelah kiri dia pecah.
Lalu aku tanya macam mana dia bawa, dia kata aku yang gostan tak pandang belakang sebab tu dia terlanggar.
Memang salah dia, kejap lagi aku lukis gambar..hehehehe
Aku malas nak bising-bising walaupun itu salah dia kerana:
a) Perempuan. Itu sebab yang utama, perempuan ni satu dunia dah tahu kalau bawa apa jua kenderaan memang cuai, kelam-kabut dan panik. Mungkin genetik gender wanita ini reflek mereka mungkin slow kot..hehehehhe. Disebabkan wanita, aku pun mendiamkan diri, sebab aku pikir hanya satu iaitu aku ada bini dan anak perempuan. Lain kali pun perkara yang sama pun akan berlaku pada mereka...hahahhaha.
b) Rakan sekerja. Aku pun kalah dalam hal ini juga. Sebab ianya satu kilang ngan aku. Kalau membebel pun tak guna.
c) Isteri aku ada. Aku kalau isteri ada depan mata aku malas nak tunjuk angin aku ni. Mana-mana lelaki dalam dunia ini yang telah berkahwin kebiasaannya dia takkan tunjuk kemarahan melampaunya depan isterinya. Aku kalah tentang hal ini.
Dari gambar di atas, anda dapat lihat masa tu aku tengah nak gostan kereta. Baru keluar sikit tetiba minah ini u-turn secara mendadak dan terus "bang" kereta aku.
Masa aku gostan aku lihat kiri kanan dah cuma tak lihat belakang ler, dan si minah ini masa kau u-turn kau nampak kereta aku tengah gostan kau brek ler atau hon ..
Dan satu lagi kalau kau u-turn, takkan kau tak nampak kereta aku tengah gostan!!!
Puncanya, ialah si Minah ini U-Turn secara mendadak dan terus tekan minyak. Nampak kereta aku tengah gostan , dia panik lalu langgar kereta aku .
Itu ceritanya..huhuhuuu
Tadi pagi aku bawa kereta minah tu ke bengkel kenalan aku dan suruh tukar lampu depan depan dia dan ketuk bonet depan yang kemek sikit tu.
Aku suruh cari yang murah-murah punya..hehehehhehe.
Kalau anda tempat aku, rasa akan buat macam tu kan...hahahahhaha.
Aku target mahu kopak RM200 juga, well bukan rezeki aku kan.
Dan maaf kalau aku terkutuk wanita dalam hal ini....kikikikikiki.
36 Ulasan
police akan tulis kat keputusan tu. RTI atau RTM.
bab u-turn tu memang dah terang2 salah minah tu.
TAPII..dalam kes ni memang minah tu salah la...nak u turn pun tgk2 la sikit..ape daa...
kancil kelabu dgn kancil merah...
driver pompuan sama pompuan...
last-last color merah melekat kat bumper keter kancil kelabu aku...
ok ker...masing2 minta maaf scratch sikit jer...