Happy birthday to my old friend Amitabh Bachan.
Dah 70 tahun dah umur kau yek..tapi jalan masih tegap lagi...dahsyat!!
Teringat zaman 80 an, kaulah hero pujaan ramai diseluruh dunia. Kalau Amitabh Bachan berlakun, sure orang nak tengok.
Aku yang masih kecil bersusu ketika itu pun dah kenal siap Amitabh Bachan ni...
Happy Birthday my friend.. Kaulah hero ku selain hero-heroku seperti Rajinikanthdan terkini Vicky..
Ratusan peminat aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan berhimpun di luar rumahnya di sini bagi memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-70 semalam.
"Hari lahir adalah hari yang istimewa buat semua... tidak terkecuali diri saya," kata Bachchan di akaun Twitternya.
Dia mempunyai 3.5 juta pengikut di Twitter.
Para peminat itu turut membawa kalungan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon tersebut. Pelakon itu turut menemui dan melambaikan tangan ke arah para peminat yang berada di luar rumahnya.
Parti sambutan ulang tahun kelahirannya juga diadakan di rumahnya yang dihadiri aktor terkenal, Shah Rukh Khan.
Berdasarkan senarai tetamu, 800 orang diundang untuk menghadiri parti tersebut.
Bachchan telah berlakon lebih 150 filem termasuk Sholay, Deewaar dan Don.
Ketika membintangi filem Coolie pada 1982, dia nyaris maut apabila limpanya pecah semasa melakukan adegan pergaduhan.
Bachchan bakal membuat kemunculan dalam filem Hollywood bersama pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dalam filem The Great Gatsby.
Filem itu akan ditayangkan pada tahun depan.
15 Ulasan