Sudah tentu keluhan perokok-perokok tegar di Malaysia akan terdengar tidak meyokong kenaikan harga rokok ini. Yang tidak merokok hanya mendiamkan diri atau meyibukkan diri mengatakan kebaikan kenaikan harga rokok tersebut.
Tapi apabila diimbas secara mendalam, adakah kenaikan harga ini wajar?
Adakah ia akan menurunkan kadar perokok-perokok baru dan lama di Malaysia.
Saya bertanya secara ikhlas pada anda semua.
Sudah tentu tidak!!!!
Kerana terdapat sumber-sumber lain yang boleh diperolehi selain dari rokok sah ini.
Dimana perokok-perokok ini boleh membeli rokok tidak sah yang berlambak di pasaran dengan pelbagai jenama seperti Nusantara, John, League, Canyon dan sebagainya.
Malahan harga rokok tersebut diantara RM2.50 - RM 3.50 sahaja sekotak berbanding RM10.20 sekotak!!!
Malahan kenaikan harga rokok ini akan menyebabkan kehilangan pendapatan pada negara secara langsung apabila rakyat tidak mampu membeli rokok sah ini. Akhirnya berlakulah seludupan rokok-rokok tidak sah ini. Dan sudah tentu ejen-ejen seludup akan mencari ikhtiar untuk memastikan rokok tidak sah ini lolos di pasaran dengan umpan rasuah atau sebaliknya. Ini bukan bisnis ribu-ribu ringgit tapi bisnis berjuta-juta ringgit.
Sudah tentu ramai akan menempelak kepada saya, untuk menghalang rokok tidak sah ini penguatkuasaan haruslah diperketatkan. Cakap memang mudah tapi selama bertahun-tahun ini adakah kita berjaya menghalang kemasukan rokok tidak sah ke negara ini. ?
Kerajaan juga harus menkaji jika harga rokok dinaikkan dari masa ke semasa bukan sahaja rokok tidak sah akan berleluasa di negara ini. Kemungkinan besar najis dadah juga akan digunakan sebagai opsyen perokok ini. Masakan tidak mungkin akan berlaku kerana harga rokok hampir setara dengan najis dadah. Mungkin akan terjadi!!!
Kerajaan sepatutnya menurunkan harga rokok !!!! Ini statement berani saya. Dengan rendahnya harga rokok tersebut maka penyeludupan rokok tidak sah akan dapat dikawal.
Harga rokok tidak perlu dinaikkan tapi penguatkuasaan dan pendidikan kepada generasi baru harus diperketatkan.
Bila harga rokok sah diturunkan maka secara automatik rokok tidak sah tidak akan laku dipasaran.
Kerajaan sepatutnya menkaji bagaimana menghalang rokok tidak sah ini memasuki negara ini kerana harganya terlalu murah. Budak-budak sekolah mudah mendapatkan rokok tidak sah ini. Tidak guna membebankan rakyat dengan menaikkan harga rokok tapi pintu belakang terbuka luas!!!Undang-undang dan penguatkuasaan harus seiring.
Kempen Tak Nak Gagal kan sebab harga rokok naik dan peluang rokok tak sah terbuka luas.
Cuba turunkan harga rokok dari RM10.20 kepada RM5.00. Kita lihat bagaimana pasaran rokok tak sah ini dapat ditangkis.
Sekarang ini kerajaan ada 2 kerja iaitu kempen Tak Nak dan halang rokok tak sah.
Jika harga rokok diturunkan maka kerajaan hanya ada satu kerja iaitu kempen Tak Nak.!!!
Jika anda ada rakan-rakan yang merokok tanya pada mereka adakah rokok yang mereka beli itu rokok sah atau tidak sah. Saya beri jaminan dari 10 perokok yang anda tanya, hanya satu yang hisap rokok sah...
Fikir-fikirkan.
Berikut adalah harga baru rokok:
- Rangkaian DUNHILL = RM10.20
- Rangkaian KENT = RM10.20
- Rangkaian PETER STUYVESANT = RM8.70
- Rangkaian PALL MALL = RM8.70
- PALL MALL Biasa = RM10.60
- BENSON & HEDGES = RM10.20
- LUCKY STRIKE PLAIN = RM10.60
- ROTHMANS INTERNATIONAL = RM10.60
19 Ulasan
berhenti2
tu la kan.. berlambak rokok tak sah ni. boleh jumpa org jual kat tepi tepi jalan.
sudilah terima award/hadiah dari jue..
ambil kat sini :> http://juejaynee.blogspot.com/2012/10/bagi-bagi-sayang.html
Regards,
-Strider-